Keterujaan memuncak harini
sebab aku dapat menaip blog setelah aku merasekan masa tidur aku terlalu panjang..kikiki
Harini aku nak story pasal
medical camp kemarin, bukan camp fire or camping yang ada unggun api
tengah-tengah khemah tu okey.. hehe
Medical camp ni lebih
kepada memberikan perkhidmatan kesihatan pada penduduk diluar kawasan yang jauh
dari kemudahan klinik dan hospital. Cewah, panjang pulak maksudnye kn..heee
Tahun ni dah dua kali
pihak hospital buat medical camp, 1st di kampong karamouk, dan yang
last ni di kampong Inarad, tongod. Program ini anjuran pihak mahkamah kota kinabalu dengan pihak jabatan pendaftaran
negeri sabah, dieorang jemput pihak hospital untuk memeriahkan program la kununnya. Sambil buat kad pengenalan/surat beranak, dieorang boleh jumpa doctor
& dapat ubat. Macam kopi 3 in 1 la nih..hihi
|
Tikar, baldi,air tu penting kalau nak pergi mana-mana..eh, kipas tangan penting juga okey..hee |
Kalau nak cerita macam
mana aku boleh join benda ni memang panjang entri aku kali ni, tapi dipendekan
cerita, setelah air mata gadis aku keluar, sister wad aku pon bagi kebenaran, so
sad kan, orang nak mengaktifkan diri pon tak diberi galakan, kalau bab-bab
dinner, party, boleh pulak die memakse suruh pergi.no no no
|
Inilah kereta idaman aku, land cruiser, tak dapat beli dapat naik pon bole lah..hehe |
Aturcara program hari
pertama (7.11.14), bertolak jam 8.30pagi terus konvoi sampai petronas batu 32
jam 10.00am. Bak kata abang-abang driver “kita isi kantungan dulu”..heehe
Jam 12.30pm kiteorang dah
sampai kat pekan telupid, disebabkan abang-abang fourwheel car nih bawak kereta
80km/h (konvoi katakan), lambat lah sampai ke telupid. (kalau aku bawa compom
lagi cepat sampai..kikiki) Masa ditelupid kiteorang rest, makan lunch then gerak semula jam
1.30pm.
Dalam aturcara majlis,
kiteorang dijangkakan sampai ke kampung tu jam 3.00pm, tapi jam 7.30pm baru
kiteorang sampai. So aktiviti ceramah, sesi ramah mesra dengan penduduk kampong
& sukaneka tak dapat dijalankan. Semua dah penat katakan.
Sampai je kampong inarad
tu bende 1st aku nak jumpa TANDAS. Tak boleh tahan kot dari jam
10.00am tangki aku penuh, nasib baik aku tahan kehausan dengan tidur je. Untuk
para-para jejaka senang je diorang nak kencing. Aku ni tak reti nak kencing kat
semak, kot-kot ular dah aim je dari jaoh, naiya kot..kikiki
Kemeriahan sangat aku
rasai, cewahh, 39 buah kereta 4x4 dari hospital, + beberapa buah lagi kereta 4x4
dari pihak mahkamah kk dan dari pihak JPN berkumpul di sekolah kebangsaan
inarad. Kepenatan yang terlampau menyebabkan aku tak sempat nak ngorat sorang
due kat sane.hahaa...gedikxx
|
Ini lah asrama yang best giler tu..hehe |
Aktiviti hari pertama
lepas makan aku tidur, tempat tidur kiteorang tersangatlah best, dalam bangunan
asrama yang baru 1st time dibuka. Kiteorang la orang 1st
yang rasmikan bangunan tu, bangge sehh.
Best tempat je la, perabot takde, lampu
takde, kipas lagi lah takde, nak charge phone pulak kena pergi bangunan
sekolah. so dalam mase 3 hari aku boleh save battry phone. (tak ade orang nak call katekan).
|
inilah tempat tdur kami... osemm kan kan kan |
keselesaan pada skor 3/10, simen berdebu putih kot, naseb beik aku bawak tikar. Sleeping bed yang
nipis tu pon tak mampu membuatkan tidur aku lena…hmmm sabo je laa. Tidur sambal
berkipas-kipas, nasib baik ada orang tolong pasangkan mentol kuning satu kat
bilik asrama tu, tak de la gelap gulita.
|
sebahagian kereta konvoi.. diorang relek je tidur kat situ... |
Mandi??
Kau hengat ade air ke? Actually
air ada, tapi laju lagi kot kencing aku yang aku tahan dari jam 10.00am td
hahaa. Tandas ada 8, yang nak guna 200++ orang, redha je la sape yang tido
sebelah aku tu..kikiki
|
Ini lah geng baru aku, HO, sorry la kalau aku panggil korang nama je, kat hospital baru aku panggil formal ya..hehehe |
|
kita bergambar dulu dipetronas batu 32.. |
|
peace... |
|
seronok kalau dapat kereta macam ni sebijik, pastu drive tempat yang extreme..osemmmmnyeee |
|
Satu kereta terkubur ditepi jalan.. tanah licin lepas hujan memang sangat bahaya.. |
|
Bilalah agaknya nak ber'tar' jalan ni...sakit pingang ooo |
Tu baru hari pertama..
next day punya program entri lain plak lah…