JOM JOIN BLOG SAYE!!

30 September 2010

Hati x tenang...

kenapalah dugaan datang bertimbun2...lepas satu, satu yang datang...4hb 10 due date untuk hantar majalah kolej...arghhh!!!!tensennya aku...kenapalah aku terima beban nie??

Result exam x diumumkan lagik, sebab Puan pengarah x balik dari KK sebab de konvocation kat sana..Lambatnya nak tunggu dya balik, aku nak taw macam mana result aku, teruka ker?gagal ek?lulus x?brp kalu lulus?layak ker?kne repeat ke?....semakin hari semakin aku tertekan...nampaknya cita2 aku untuk dapat best student tak kesampaian...sedih sangat2..tp memang patut aku x dapat pon...study pon last2 minit kan...aku redha je la ape yang aku dapat nanti...hope sangat dapat best...aku nak tebus kesalahan aku dulu sebab x dapat nak gembirakan mak abah masa SPM...Aku rase bersalah sangat bila tengok wajah mak abah hampa dengan aku...kenapa sedara2ku semua boleh dapat best aku x boleh??hmmm.........


Aku terpakse berjimat cermat kat sini, semuanya gara2 nak beli tiket flight balik kampung yang setakat seminggu dua jew...agak x berbaloi..tp kemanakah hala tujuan aku nak pergi kalu bukan balik kekampung???nak menumpang dirumah mak sedara sendiri aku malu, rumahnya sahaja dah penuh dengan ahli keluarga suaminya..nak tinggal dikolej seorang diri aku takot lak...last2 balik kampong je laa...sob3x...duet duet duet...mana nak cari duet??? sekarang baru aku taw susahnya x de duet..kalau lah dulu aku berjimat cermat mesti sekarang aku x payah sesusah nak pening2 kepala...

Seronok bila mak ayah, abang, akak, atok, nenek, bf masokan duet setiap bulan....leh jgak simpan2 kalu terdesak...aku nak mintak mak pon malu sekarang, sebabnya mak dah bayarkan Mara aku setiap bulan..x kan aku still nak menyusahkan dya...cukup banyak dya labur duet pada aku...ntah bila lah aku nak bagi kemewahan pada mak aku plak....nak mintak abah???lagi lah aku x pernah...segan giler kowt sebab dah kne sound ari tu...

lesen memandu dah mati, bil "berokband" untuk dua bulan x bayar, duet makan lagi, hutang buku yang aku x pernah nk bace lagik, duet baju uniform...arghhh...kenapalah banyak sangat duet nak guna nieh....tekanan betol laa...agaknyer kne carik sugar dady baru leh bersenang lenang kowt....Tapi aku nieh ingat mak abah lagik, iman masih kuat lagi dan taste aku bukan pada orang tue..

cte bab majalah kolej memg banyak laa x siap lagik...so far baru dapat 40 page daripada 120 page kne bikin...mati la katak....ape lagik aku nak isi dalam majalah tue????kalau lah kolej aku nieh de kelas macam kat skolah2 kebangsaan leh jgak letak pic banyak2....nieh setakat 5 kelas jew...adeyhh....pastu semua karya kiteorg terpakse kelentong..dah x de mase dah nak carik or nak soh student2 lain hantar karya...

dengan teknologi @ kepakaran yang kurang dari aku sendiri aku x dapat nak hasilkan sesuatu yang menarik...sedihnya...kalau lah aku nieh kaya, aku bagi je kat company majalah, biar dye bikinkan...mest hasilnya superrbbb....


bila lah aku nak rasa tenang nieh...dah seminggu aku x keluar banda...sob3x...aku windu nak g parkwell...nak g beli baju baru, nak beli kasot, nak beli jeans, nak beli jajan... arghhh....tensennyerrrrrr....aku nak balik kampongggg....





...leh jadik gler ketawa guling2...

26 September 2010

Aktiviti Kami bila dah dapat Kereta

25hb september 2010, kami Huga-Huga Crew menyewa sebuah kereta proton wira RM100/24hours (RM25.00 X 6 = RM150.00 - RM100.00 = RM50)..Dengan berpandukan "mudah.com" memang mudah untuk mencari kereta sewa..Semuanya dihujung jari sahaja. hehehe 

Janji jam 9am, tepat2 9am kereta sewa pon datang, mula2 aku tengok orang tu macam perogol bersiri je.dengan jambang yang panjang muke yang bengis...agak seram sejok juga laa..nasib beik aku bersama cik eda dengan cik esah..ada berani ciket laa...dya mintak fotostate ic & lesen memandu..then, aku hantar dya balik sebelom aku ambil bebudak yang lain...

Semangat giler semua sebab nak pergi picnik di "table"...dah lama x pergi...lagi2 dengan Huga-Huga Crew...memang jarang dapat bersama..suasana amat sejok dek mendung gerimis...1stly Drive g "FUNIKA".. ida nak cari bedak dye..then kteorg g breakfast kt "Restoran Thai Tom Yam"..nyum2..pekena Nasi lemak + Nasi Kerabu memg sedap lah...Kami beli sekali tapau untuk makan di table nanti...

OTW to table...................

Di hadapan Taman Bukit Tawau




Tangga menuju ke tempat perkelahan





Pertunjuk arah..
Jambatan gantung..wow scared..

Turun bukit...Licin giler tanah..






Meredah air yang cetek..
sampai destinasi...port baik tp banyak sangat batu laa...


budak excited nk mandi...hahaha


saloon in the water by cik eda...

penari "Mak Yong" pn ada...sorry cik piza..




Lunch di bawah cendawan beso...pewot masih kenyangha tp x taw nak buat pe lg dah....oleh kerana disuruh naik oleh life guard kt situ terpakse lah kami port kt cendawan nie...

Nasi lemak Wakaf Thai Tom Yam...sambal kurang...sedap lagik Nasi lemak yang kami bikin....
Teka ini kaki siapa??? nieh lah kaki cik Eta..ksian dye bleeding sebab ada pacat isap darah dye...ish jahat la pacat tuh..dah la budak nieh Anemia..kene isap darah dengan en pacat lagi..tambah la Anemia dye..hahahahaha.
 I give 3 from 6 satisfaction : dapat main sekejap jew sebab hujan turun dengan lebatnya..Bila nak balik panas lak...mungkin "dye" x bagi kowt kteorg mandi kat situ....


Next destination ialah Giant tawau....duet x da x taw nak beli apa....so jalan2 je laa...Giant semua sama je..tapi knapa Giant kt sini macam kureng best je...mayb x ramai orang datang kowt...kesian cik eda kne diarrea a.k.a cirit birit..ape lah yang dye makan yang kami sume x makan ek??pelik tol...




Next destination ke kedai kain mencari kain yang lawa2 untuk wat hantaran cik piza...nak kawen dah cik piza nieh..hehee................malangnya kain yang dicari tidak jumpa..kalau ada Jakel banyak jgak pilihan kain nak dipilih...

selendang nieh lawo lak...

Next destination ialah "Sun SUei", kt situ ada kolam renang, PLKN, golf resort..Kiteorang just lalu jew, nak mandi tapi tengah panas terik mase tuh...x best!!! nanti free2 je "sun burn"...x de pic yang diambil ketika itu....

Then kteorg g jalan ke Taman Muhibbah Tawau...jaraknya x berapa jauh dari kolej kalau naik kereta..tp kalau jalan kaki comfem pengsan..hahahaha...taman nieh tempat orang joging & beriadah...lebih kurang macam kat "city park seremban"...cuma ikan jew belom dipelihara..










Balik dari taman terus ke Kolej untuk mandi & solat magrib.....

Next destination ialah "Fun Fair"....owh yeahhh..lame x pergi fun fair..last aku pergi mase kat kolej dulu dengan  "en.uchi"...tempat nieh nak masok kne beli tiket RM2.00/ person..kiteorg habes RM10.00, dengan main 2 permainan je...mahal giler kn..kalau ditotal2..memg kaya tokey fun fair nieh...hahaha 
1 token = RM2.00
5 token = RM10.00

APPOLO (3 token per person) Permainan yang buat duniaku pusing sementara..adeyhhh..loya la naik benda nieh....macam nak tercabot aku rase buaian tu melayang2...


Fever Dance (2 token per person), permainan yang buat cik piza luka disiku, cik esah terhantuk kepala dan sakit pale kami semua kne shakingg...memg leh wat fever laa...giler tol mainan nieh..


 Next destination ialah jalan2 satu tawau sebab minyak kereta ada lagi separuh..pelik tol...x pandai turun la minyak tuh..dah puas pusing dah....scary tol...Penat pusing Tawau kiteorg lepak empirer tapau makanan + minum air yang masam2..sebab loya menyelubungi diri...

Jam dah menunjuakn jam 9.12pm....time Sn.Jubek datang nieh, kenapa lah dye yang jage "roll call"..so kteorg terpaksa lah balik...walaupon niat dihati macam nak "sleep out tanpa notis"..hehee...

Malam tuh memang nyenyak giler aku tido sebab pale pusing + kaki lengoh....







p/s: kawan2 pe kata next time kte g jaoh cket nak??siap sleep out lagi k...leh r jalan sampai pengsan....


22 September 2010

Kenapa Aku Masih Single??


Aku sendiri x dapat nak jawab soalan ni..mungkin orang akan kata aku memilih,egois tetapi hakikatnya aku sendiri x taw kenapa...Kalau ada jodoh x kan kemana, tetapi kalu kita x berusaha pon x boleh jumpa jgak kn..Aku pon confius!!


Bohonglah sekiranaya aku menyatakan bahawa aku tiada perasaan ingin mencintai seseorang..Aku juga seperti wanita biasa yang ingikan kebahagiaan, belaian kasih sayang, rasa dihargai, dihormati dari kaun Adam. Tetapi kenapa aku masih belum menemui teman yang betul2 aku percaya dan ingain sehidup dan semati denggannya...Teman memg ramai berada disekeliling aku..tp adakah mereka akan terus beada disisiku sekiranya aku susah, ada bahu untuk aku bersandar sekiranaya aku sedih, ada tangan untuk dihulurkan sekiranya aku jatuh?? 



Someone telah menasihati aku " Kita perlu ingat, tak semua orang perfect di dalam dunia ini. Setiap orang ada kekurangan dia. Walaupun seseorang itu mempunyai kekurangan, tetapi disebalik kekurangan itu terdapat satu kebaikan yang orang lain tiada. Oleh itu, berikanlah peluang pada diri anda untuk menerima seseorang". aku setuju dengan kata2 beliau, memg benar semua orang ada keburukan dan keistimewaan masing2...Aku belajar untuk menerima situasi yang baru, tp hati aku belum lagi terbuka...



Paras rupa – Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? tapi, paras rupa adalah bersifat sementara, yang penting kejujuran dan hati yang ikhlas menerima seadanya..Aku meletakan motto ini didalam diri aku, "setiap manusia dicipta adalah unik!" sebab tu lah aku tidak langsung peduli dengan segala cacian orang..Besar2 aku pon Comel...


Penampilan diri – Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya wanita  mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat. setuju atau tidak??..Aku memg x pandai nak berfesen2 or bergaya sakan, cukoplah sekadar yang mampu...Tapi pada aku, simple is beutiful.belum tentu baju denagn harga ribuan ringgit dapat memikat orang rite??....hehe


Tutur bahasa dan adab sopan – Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. (johorean) Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Aku nak mintak maaf sekiranya aku tersasul kata, terlanjur bicara, terlebih bahasa.kadang2 aku suka bercakap tanpa memikirkan dahulu apa yang seharusnya menjadi topik perbualan..Patut la orang x nak kat aku...banyak mulut upenyer...


Tidak yakin pada diri sendiri – Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka...(aku sokong fakta ini)...tapi, Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri... Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat... Ya...aku mesti yakin pada diri sendiri...tp boleh ker??ahaks..x reti laa...


Serik untuk berkapel – Fakta ini memang terjadi pada segelintir wanita atau mungkin segelintir lelaki...Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan aku serik untuk bercinta kowt. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan, menyakitkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa..



Mungkin sebab2 seperti diatas kowt yang menyebabkan aku nieh single...Perkara paling aku sedih bila aku menyukai seseorang tetapi cintaku tidak berbalas, malu, kecewa, sedih, macam2 perasaan timbul... Dan aku paling pantang sekiranya kedudukan, taraf keluarga dijadikan isu untuk tidak bersama...Ada apa dengan kedudukan sekiranya tidak bahagia?? 

orang mudah meluahkan perkataan sayang tetapi tidak faham erti setiap bait perkataan...



Hurmm...bilalah putera naik kuda putih nak datang macam dalam mimpi aku tuh...huhuhu...kuat berangan tol aku nieh..smpai terbawa kemimpi2....


19 September 2010

1 Malaysia

Penubuhan malaysia jatuh pada 16 september 1963, dimana negeri Sabah dan Sarawak Menjadi sebahagian daripada Malaysia tercinta. Sabah dan Sarawak inginkan kemerdekaan sendiri, tetapi tidak dapat. Dengan usaha perdana menteri malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul rahman menubuhkan "Gagasan Persekutuan Malaysia" selepas penubuhan jawatankuasa perundangan perpaduan pada Julai 1961, supaya pemimpin2 Sabah faham dengan penubuhan tersebut. Hasil laporan tersebut wujudlah Suruhanjaya cobolt yang bertujuan meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak sertai Malaysia dan hasilnya mereka setuju untuk sertai Malaysia. Memorandum perjanjian persekutuan malaysia bagi Sabah dan Sarawak diwakili oleh Donald Stephens...ini adalah fakta...Maaf sekiranya fakta hamba salah....

SEJARAH takan berubah, fakta tetap fakta.Ia tidak akan menjadi auta.Tapi berapa ramaikah pelajar yang minat giler degan subjek sejarah??? Aku sebagi contoh orang yang paling alergik dengan sejarah. Mula je kelas sejarah aku dah ready dengan aktiviti kegemaran iaitu ZZZzzzzzzzzzzzz.....TIDOoooooOoooo...Sekarang baru aku sedar bertapa "kurang hajonyer" aku tido depan orang yang nak bagi ilmu kat aku..Mintak maaf cikgu sejarah..
__________________________________________________________________

Majlis 1 Malaysia pada tahun ini telah diadakan di Kota Kinabalu sabah, student batch Julai2008 dengan Januari 2010 SAHAJA yang pergi Kota Kinabalu...x FAIR ini kolej...alasannya kenapa kami x dibenarkan pergi ialah "KAMI DALAM STUDY BLOK NANTI BANYAK PELAJARAN X SEMPAT DIHABISKAN"...

X dapat pergi ke Kota Kinabalu untuk menyambut 1 Malaysia kami diarahkan membuat persiapan untuk menyambut 1 Malaysia didalam Kolej Jururawat Masyarakat Tawau..17hb september semua diarahkan memakai baju RM12.00 yang berwarna putih dan ada tulisan "We R Malaysia"...Pada pagi tu kami menyanyi lagu "We R Malaysia", ambil gambar + video sebab nak hantar pada Andate Resources..Sapa mereka tu aku x reti nak jawab sebab aku sendiri x kenal siapa mereka...hahaha


Lyric One Malaysia
The Sun Has Arisen, Dawning of a New Day,
1 Canopy Over Our Land, With a Message of Hope
For a Future Generation, Resounded as 1 Malaysia
c/o:
We are Malaysia, Many but one
We are a Nation, Knitted in Love
Beganding tangan Bersama , Menuju 1 Malaysia
We are Malaysia, Ini lah Masanya
This one malaysia, Dai Biao Xi Wang
Nations Will Look to This Land, Founded and Built to Arise
Honne Samar He, Let ua Press On

Many but One, Fron The King's To The Peoples
This speaks of Life that Has begun
Tiada yang lebih indah, Melihat Api harapan
Sinari setiap wajah....

___________________________________________________________________

Nyanyi pon sudah, bergambar pon sudah, kami diarahkan untuk menonton kuiz "Kuiz Sejarah" adeyhh....dalam hati aku dh pikir nak balik bilik tido jew...Tiba2 peserta kuiz tarik diri, oleh kerana nak sijil penglibatan kokurikulum, aku, cik eta, cik esah menyertai kuiz tersebut...

Aku nih kalu bab sejarah memang faild laa...tapi cik eta dengan cik esah hebat!!!! diaorang yang jawab, aku tumpang kemenangan jew...dengan x study ape2 masok kuiz...Akhirnya aku dapat tempat ke-3....yay!!!!

Pengajaran pada cerita ini, belajarlah sejarah kerana sejara itu penting, tanpa orang dulu tiada orang sekarang...Hidopp Sejarah!!!!