JOM JOIN BLOG SAYE!!

28 October 2010

Exam Sem 3

yay!! habes dah exam teori...soalan yang aku x jangke langsong... diarea, prolong labour, kanak2 down syndrom, pengurusan ciket dengan kanak2 KZM..Malam sebelom exam baru aku bace semua nota2 aku sekali imbas jew...mcm scanner lak...haha..JANGAN BUAT MCM TU LAGI YE CIK SHAMIRA....huhu


Subjek last yang kiteorang belajar lak yang masok..naseb beik aku x tdo dalam kelas..so ingat2 lupe laa..biase laa.kuat sangat makn semot dah macam tengiling dah aku nieh..eh ader lak tengiling beso mcm aku..hahahaha...


Pasnieh exam praktikal plak..aduii..aku nieh dah la parkinson..eh2..bukan2.. tremor jew...kalau dah berdebar comfem nampak giler tremor aku..aduii...takot lak aii..dah peluh2 tapak tangan nieh..Mak aku dah marah2 soh g cek darah kat spital...CEK DARAH!!....owh tidak....aku x suke jarom...tapi kalu suntik orang lain aku suke laa..haahaa..kalu dah nak sakit tetap sakit..kata dye sakit tu penghapus dose..hehe


Lagi brape bulan jew nak bertukar title super senior..yay!!







p/s: Thanks En khalis, guru kaunseling sye...hehe...encik x pernah miss nak bagi support kat sy...sye ase dah betul dah jawapan exam tadi..tpi sy rase macam x dapat jadik best student laa...sob3x...

25 October 2010

Bergelar Senior

Hari ni hari pertama kami kumpulan Julai2009 memakai bip/ paku di bahu.. yaw!! Lukalah bahuku..hehehe..sebabnya, kiteorang sume dah lulus exam 14 bulan..Alhamdullilah, syukur kehadrat Ilahi kerana telah kabulkan doa semua student2 kat KJMT ni

Perkara yang ditunggu2 oleh student2 ialah bergelar seorang senior. Dah senior of coz lah boleh belagak dengan senior2 dan junior2 yang lain..hahahaatapi aku tetap baik atijunior yang biasa buli aku..sob3x.. Terasa lain sangat2 bila aku pandang kiri kanan ada coklat2..hahaha
Dengan menggunakan kain tudung eyda yang x pernah dipakai, kami berlima berusaha menjahit tempat untuk meletakan bip dibah..agak rumit la sebab x de mesin jahit nak menjahit.tapi fun sangat2 sebab kiteorang buat sama2..buruk ker cantik ker tetap bemakna..


Sebenarnya x de beza pon antara pkai bip dnegan x pakai, tapi kalau di wad, bebudak yang pakai bip nieh lah yang kene aim nanti..aduii..seram sejok aku nak g wad mcm niehtapi aku bangga la ciket sebab aku dah Berjaya duduk kat kolej nih 1 thun 9 bulan..yay..tahniah shamiralagi setahun perjalanan aku kat sini..hurmm..takotnya nak berpisah..


Tapi setiap yang datang pasti akan pergi..aku akan bersedia menerimanya..
I LOVE HUGA-HUGA CREW!!

24 October 2010

BLUrr timE

Aku serabut dengan masalah file promosi aku yang x reti nak siap nieh...nak jew aku beri ready made tp nanti kantoi la plak kan...endingnya kne la aku buat sendrik...sume fakta2 lebih kurang jew, tapi kalu buku yang dibeli fakta x update..ape da..aku rase beik aku wat sendrik..tp biler nak siap wooooooooooo...mau menjerit je nieh....



Dah la aku punyer cover page magazine kne reject buat sekian kalinya..arghhh....ingat aku nih pereka grafik ape???wat la sendrikkkk..aku x retii....aku ingtkan dah selesai tugas aku..rupenyer makin bertambah2 lak..ase mcm nak balik kmpong dok lek2 dalam bilik sesorang...ala2 bertapa dalam gua la...hahaha windu kat bilik aku...



Exam comming soon.. 4hari lagik...yay...aku nak study lusa laa...konon...dah ready ker aku..puan bagi soalan kat depan pon aku dok belek2 buku nota aku yang dah mcm belacan tuh...dah la kecik2 tulisannya, pastu padat sgt..memang mcm belacan..konon aku nak save bajet beli buku latihan laa...hahaha..kedekot...
aku harap aku leh study dengan tenang..hurmm..bole ke ye??x boleh pon bole2kan ler..huhuhu


Dah mcm keje opis lak ai...busan sungguh...

21 October 2010

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar, agak aneyh tajuk entri pada kali ini.. biasanya lawatan sambil belajar kepada bebudak lepas UPSR, PMR,SPM..laa nie mak budak dah nak buat lawatan sambil belajar..huhu.. x kesa lah..pape pon yang penting enjoy..
Hari ini adalah hari yang paling bermakna kepada aku dan rakan2 sekalian, sebabnya dapat pergi pusat kanak2 istimewa...Selain daripada menimba ilmu, suatu pengalaman yang jarang2 dilakukan itu akan menjadi kenangan hingga ke akhir hayat..


1st time aku pergi melawat ke Sekolah kanak2 kurang upaya atau lebih dikenali sebagai kanak2 istimewa..Excited giler!! Di daerah Tawau ini terdapat beberapa pusat asuhan kepada kanak2 istimewa samada yang private atau government..  
Aokam centre merupakan sebuah sekolah bagi kanak2 berkeperluan khas seperti kanak2 cacat pendengaran @ pekak, kanak2 down syndrome, autism, hyperactive, dan banyak lagi. Terdapat 5 kelas bagi kanak2 istimewa dan 2 kelas bagi kanak2 yang pekak. Banyak kelas tidak bermakna ramai studentnya, seperti kelas bagi kanak2 pekak, hanya terdapat 4orang murid di kelas prasekolah, 3 orang murid darjah 1 dan 3 orang murid darjah 6 digabungkan dalam satu kelas..Sunyi sepi kelas tu..i like..huhu

pelajar prasekolah


I LOVE U...


2 orang pelajar lelaki darjah 6


pelajar darjah satu menunjukan isyarat tangan seperti dalam gambar..






Seronok bila dapat berinteraksi menggunakan bahasa isyarat, rugi aku x belajar dengan mimi…huhu, kanak2 tu mengajar kami isyarat tangan bagi huruf A-Z,nombor 1-30, nama2 haiwan dan banyak lagi. Walaupun mereka cacat pendengaran, tetapi layanan yang diberikan cukup mesra dan ceria. Micheal seorang pelajar darjah satu kelas pekak, comel ada lesung pipit, dye lah pelajar paling sporting, layan jew kalu diajak bergambar..huhu. Tapi susah nak berinteraksi dengan mereka…sebab aku x reti nak tanyer..lebih kurang mcm orang cine cakap bahase kantonis dengan aku laa..bukan aku paham pape pon..hahaha




pandai pelajar prasekolah nieh tulis nama dye, sebelah tu adik miss ho!!muke dye sme...




Selesai melawat kekelas kedua kami dibawa ke kelas kanak2 istimewa. Ia terdiri daripada kanak2 yang terencat akal, down syndrome, hyperaktif dan banyak lagi. Kelasnya terbahagi 5 mengikut umur masing2. Kelas Junior satu (5th-7th), Junior dua (8th-10th), Junior tiga (10th-12th)senior satu(13th-15th), senior dua(15th-18th). Kami bernasib baik dapat melihat kanak2 tersebut berdikari dimana, selepas makn mereka memberus gigi dan membersihkan pinggan sendiri. Ada seorang pelajar down syndrome berada dikelas Junior satu. Kami amat terhibur dengan gelagatnya yang sangat peraah dan hyperaktif. Comel sangat2…lagi2 time dya menari “chicken dance”…yaw!!! So cute..hehe
comel budak nieh joget chicken dance!!!

kelas Senior satu..


dyeorang bikin barang cenderhati orang kawen2...sapa2 nak oder silalah ker Aokam centre..hehe


nama saya garry!!..... bonzer kat sekolah...hehe..peace!!




time rehat...


belajar matematik...


terer budak nieh...aku pon x reti nak manage kiub tuh...hahaha


Bamm!!!meja jatuh atas kaki aku daa…naseb beik kasot miss sade’ kebal…kalu x esok aku leh join kanak2 kurang upaya sebab jalan pakai tongkat…huhu, aku x ingat name budak hyperaktif tu, yang penting dye memang terlalu hyper..Letih cikgu dye nak kawal.. Budak tuh adalah seorang pelajar Senior satu, selain belajar membaca dan mengira, pendidikan asas dalam hidup diterapkan supaya mereka lebih berdikari apabila dewasa kelak seperti penghasilan kraf2 tangan..cantik!!. Kesabaran amat penting dalam mendidik kanak2 istimewa ini, 2 orang cikgu kepada 3 orang pelajar sudah cukup meletihkan.. Tahniah kepada guru2 di Aokam centre..
terlalu hyperactive








Terdapat seorang pelajar kemahiran, berumur 19th, dya diajar cara2 berdikari iaitu cara2 menyediakan makanan, kraftangan, mengurus dapur dan macam2 lagi. Ini kerana umurnya yang telah meningkat, dan keperluannya lebih kepada kemahiran hidup supaya dapat menyesuaikan diri dengan orang lain.
Ending lawatan kami, kami disajikan dengan jamuan mata, seronok giler tengok persembahan mereka. Tarian dan muzik adalah favorite dyeorang, selain belajar berhibur amat diperlukan untuk mengelakan mereka stress dan bertindak lebih aggresif.


sesi bergambar!!


hatrah bersama kanak2 cacat pendengaran..
seronok bebudak nieh tgk persembahan..
tarian yang diketuai oleh garry, dan budak2 sinior dua..
lagu mawi pon layann~~~

Lawatan ke Sri Stella dijalankan pada sebelah petang. Y Stella?? Ia bermaksud bintang dengan sinar yang takkan pudar, ia boleh dilihat tapi sukar untuk dicapai. Ia amat sinonim dengan kanak2 yang berada di Sri Stella kerana seoarng kanak2 ibarat sinar yang takan pudar tetapi untuk memahami dan mendalami hatinya adalah sesuatu yang amat sukar.

kanak2 yang tidak berdaya...


cantik budak nieh kn...ala2 arab daa..




masa makn petang....






kolam untuk rawatan terapiutik..








sesi sosial..


bukan kudung!!!tapi budak nieh suka masukan jari kedalam mulut, ditakuti jarinya tercedera..tu yang dibalut...

Pusat asuhan ini telah dibuka pada tahun 1989, (setahun selepas aku lahir…), pelajarnya terdiri daripada kanak2 yang perlukan perhatian sepenuhnya, kanak2 yang tidak berdaya, kanak2 cerebral palsy, kanak2 down syndrome dan ramai lagi. Pusat ini adalah pusat jagaan harian dimana setiap pagi ibu bapa akan menghantar dan mengambil semula pada sebelah petangnya. Bagi keluarga yang tinggal jauh dari daerah Tawau, asrama disediakan kepada kanak2 sahaja dan ibu bapa digalakan melawat setiap hari sekiranya tidak membebankan.  




surga mainan bagi kanak2 je..bukan pada nurse2 k.yang tidak berkenaan tu silalah keluar....hehe


asrama kanak2..


tandas yang lengkap dengan peralatan..




keadaan di dalam kelas 










Melihat kanak2 tersebut, terdetik dihati aku, sabarkah aku untuk melayan kanak2 bergini.. Aku bangge giler sebab masih ada ramai manusia yang sanggup menjaga kanak2 istimewa itu dengan penuh kesabaran. Kepada para sukarelawan, kehadiran anda amatlah diperlukan, bukan untuk memberi wang ringgit tetapi cukuplah sekadar memberi kasih sayang selama hayatnya masih ada.