SELAMAT HARI JURURAWAT MASYARAKAT!!!ahaks…
Tahun nie tahun ke-2 aku sambut Nurses Day. Nampaknya dah 2 tahun aku dok Sabah nieh.. WOW!!! Amazing hahaa~~ bengong~~
Istimewa nurses day tahun nie?? Ermm….jap aku pikir jap, ader yang best ker ek? Macam tak de jew..hahaha
Actually best jugak la. Maybe tak best sebab kawan2 beik (fiza,eta,emma,ida) sume x da kat kolej. So tak happening la sambut berdua sahaja dengn esah.
Then yang terbaru dari kolej nieh, WUJUD 4 rumah sukan MERAH, BIRU, KUNING, HIJAU. Aku rumah HIJAU!!! Hidopp hijau.. dah mcm skola2 lak…hissss…
12/5/2011- Pertandingan mini conference dengan Pertandingan sajak.
Buat pertama kalinya aku menjadi MC a.k.a pengacara majlis. Mula2 rasa gugup jugak la, last2 mcm nak berebut microfon lak dengan Nik, hahaha.. Betul la cakap dia, nak buang rasa gugup tu jangan pandang mata audience, kita pandang kepala dyaorg jew..hehee
Perkara yang tidak diingini bila buat majlis adalah tetamu terhormat datang dulu sebelom tetamu2 lain. hisss memalukan jew. Mengamok Pn Pengarah bila tengok dewan penuh dengan kerusi jew. Dia suruh semua dak2 yang membuta kat bilik tu g kerja, padahal CUTI KJMT, kesian dak2 yang plan nak tido smpai petang tu. Hahaha
Bukan tu jew, pengarah siap buat perjumpaan dengan semua pelatih, kira nak brain wash laa.. Aku yang hadir nih pon kne brain wash skali..Adeii.. actually aku paham knp dak2 nie sume x mo turun, sbb awal sgt kott 7.30am soh berada dlm dewan. Naseb beik aku jadik MC, kalu tak comfem aku pon tak mo turun..wakakaka~~~~ tak senonoh~~
Tindakan pengarah yang paling best giler, potong/cut/tarik/takbagi HKA(hari kelepasan am)/CUTI SEMESTER..tu la MODAL dia nak bagi student2 ikot cakap dia n konon berdisplin laa. So aku sebagai student nih kekadang no choice, terpaksa pilih A bukan B, walaupon pahit.
Ok dah2, citer pasal Pertandingan mini confrense plak, ermm aku ase mendealah nih bagus ntuk bebudak yang nak study tapi mals nak bace buku macam aku lah, sebabnya dah ada volunteer nak mengulas topik2 yang sangat glamer dalam exam.
Topik2 uang diulas, Anemia in Pregnancy, Diabetis mellitus, Tuberculosis & infection control. Memg terbaik la dieorang buat. Aku pon tak pandai nak buat mcm tu. Setiap pertandingan mestilah ada seorng pemenang, pengadil dah tertarik dengan slide2 dari peserta yang ulas tajuk Diabetis mellitus. Aku rase slide2 dgn ulasan dan cara penyampaian dya memg hebat pon. Tahniah2…RUMAH HIJAU tuuu..hehe
Rest minum pagi jap sebelum acara pertandingan deklamasi sajak diteruskan. Time ni banyak giler makanan ada mi goring, kueh tiga jenis, bubur kacang & yang paling best ada kek…I looooooooiiikkkeee cake!!!!
Memg banyak giler kek mase tu, time nurses day tahun lepas de 3 biji kek jew, tu pon tak cukop kan. Kali ni pengarah up lagi sampai aku tak terkira ada brp bijik semuanya..yang penting banyak giler n Nampak menyelerakan laa..haha..~~~makan jew aku taw~~~
Sajak…macmner nak bace sajak ek?? Tak pernah seumur hidop aku masok sajak, tapi berangan nak bersajak bergabong dengan Juma, last2 Juma jugak yang bersajak sesorang. Sape tak kenal Jumariah Jandu, JUARA CARTA KJMT, semua dia boleh buat bersajak,berpidato,berpantun,bersukan, segala ber2 lah semua dya leh. Konduktur bas balik KOTA KINABALU-TAWAU pon die..Hehehehe
Korang kenal Khatijah?? ala tijot yang rendah2 tuu…tak kenal?? tak pe lahh, esok aku kenalkan kat korang. Budak nieh bangon lambat jugak pagi tu, so kena la halau tak boleh masok dewan & g balik wad. Tapi budak nieh peserta sajak………“mcmner nieh NIK????”
Nik dengan kelembutannya pon pergilah Wad SCN Hospital Tawau & memujok si tijot nieh..alolololo~~~manjenyer dye. hehe.. Kecik bukan sebarang kecik, kecik bersuara lantang membuka bicaranya~~cewah bermadah plak dah aku nieh.
Sajak tijah tu aku rase mcm panjang betul, tapi siyokkkkk bahhhh!!! Betul2 nieh dye marah, feeling habes aku dengar mcm nak nanges. Tak habes2 aku nieh, semua lah aku nak nanges. hahaha… Memang hebat la, kalah si jumariah jandu meyhh…WE LOVE TIJOT……WE WANT MOREEE!!!!hahaha…
...............................................
13/5/2011- Buat pertama kalinya jugak aku jadik MODEL OSCI untuk final exam semester 5. Benda yang aku teringin sangat akhirnya dapat jugak.
Syukurlah..
A: “OSCI tu ape kak??”
B: “OSCI tu sejenis makanan raja2 dik…hehe
Bukan2, OSCI tu exam dimana kita dikehendaki melakukan prosidur mengikut arahan yang ditulis diatas kertas. Contohnya arahan menyuruh kita mencuci luka dengan teknik aseptic, so kita mestilah tunjukan cara2 mencuci luka
dengan betul mengikut teknik aseptic. Sekian terima kasih”.
Lain orang lain ragam. Model osci nieh pada orang lain mungkin tak best la, sbb borink satu hal, mengantuk satu hal. Tapi aku rase benda nie bagus jugak la kekadang, at least aku dpt pendedahan awl dengan peperiksaan mcm tu. Tak dapat aku bayngkan kalu aku kat tempat dyeorang. Ntah boleh buat or tak.
ATTENTION!!!! Osci tahun nie masok:
1. vulva swabbing
2. Pemberian ubat Benadrill/ ubat batuk
3. Pemeriksaan tekanan darah
4. Motivasi penyusuan susu ibu
5. Pengiraan rigim
6. Penjagaan ibu dalam 1st labour
7. Dressing
8. Balutan
9. Mengukur lilitan kepala bayi
10. Pemeriksaan payudara
Prosidur DRESSING paling glamer giler, aku takot jew time aku OSCI nanti tercampak lak segala fosep2 dari tangan. hehe
Petang hari tu ada sukanneka bersama staff sempena nurses day, aku excited nak join la konon. Tapi asik kalah jew aku main, 4 permainan settle jew aku dh berangkat naik bilik tidooo..hahahaa heaven, aku bagun tido jew aku dpt taw rumah hijau dapat nom last eh bukan2, seri kowt, eh2 tak ingat laks hahaha lantak pii~~~
Malam yang ditunggu2 telah tiba, makan malam yang heaven~~I looooiiikkkeeeess!!!
Pembukaan….Persembahan tarian tradisional dari rumah merah, I give 4 starzzz!!! Dah boleh buat persembahan kat HOTEL dah. Huhuhu~~
Then diikuti tarian2 etnik, modern, tarian dari staff2 klinikal, staff2 sokongan and the last pengajar (1st time meyhh).
Yang paling best tarian dari student2 la. Sebab tahun nieh staff pon kna buat persembahan jugak. Maybe staff tak cukop latihan ++ tak creative mcm jiwa muda remaja macam aku yang cumill nieh, haha tak de kena mengna pon sham...
MINTAK MAAP cikgu-cikgu. Practice make perfect keyhh. Hehe~~
Lastly acara yang paling ditunggu2 oleh pemenang pertandingan mini conference, sajak, sukanneka,tarian a[e lagi ek?? Aku dapat tengok je la, masok bertanding pon tak macm maner nak dapat hadiah. Tahun lepas dapat la jugak piala sebijik dengan hamper jajan sebab JOHAN bola jaring dengan Tempat ke-2 pertandingan kuiz (I looooiiiikkkee kuiz). Tahon nieh tak ada pertandingan semua tu, kawan2 pon takda….SOB3X~~
Tak sah kalau anugerah nih tak ada, ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG 2011. Pada aku semua terbaik, memg sporting hbes la puan2 semua, tapi dah rezeki Pn Samsah Suda nak berebut ker?? huhhuhu~~~ Tahniah kpd Pn Samsah. Jgn serabut2 lagi ok, Puan mesti COOOOOOLLLL…baru leh berfikir..hehee..
Ending majlis nieh, Tiba2 ada lagi satu anugerah yang very rare laa, “ ANUGERAH PELATIH CEMERLANG 2011”.Diumumkan pelatih cemerlang tahun 2011 ialan JMP NUR SHAMIRA BINTI SAHLAN.
~~~OMG~~~
Jantung aku mcm nak tercabot jew nih, macam nak nanges pon ada, bangga pob ada, tak taw lah bercampur baur sudah perasaan tu..heehe~~ anyway thanks pada semua pengajar2 sebab memilih aku sebagai pelajar cemerang tahon ni.. Actually layak ker aku?? AhhHH lantak lah, hehe~~
Hurmmm…. Patut lah Pn Siti dok paksa2 vs marah2 aku soh tukar baju yang sopan ket. Aku dengan perasaan sedih, nak nanges ++ geram bantai jew baju kurung yang aku pakai time mini konfrense pagi tu, tak taw plak ada hikmah disebalik kejadian tu, ahaks~~ lucu2 =)
Now my dreams come true. Tak pernah seumur hidup aku dapat pelatih cemerlang even kat sekolah TABIKA KEMAS, nie lah first time & maybe the last time kowt…harap2 adalah another cemerlangs2 pas nie. hehehe..
Malam tu dgn perasaan geram + sakit hati dgn obo + suka + happy + gumbira + all the feeling lah, aku naik bilik aku terus call my mom, sooooo touch la. Aku boleh nanges lak, cengeng tol si shamira nieh hehehe.. Nanges happy tak pe kan maK?? aku sedih bila aku cakap “dah lama kak era mengidam nak jadik pelatih cemerlang, asik kak mimi, am, ica jew dapat” mak cakap “dah rezeki ko dapat kat sana”.. Uuuwwwwaaaaaaaaaaaaaa… Thanks all my family, gurus, crews, friends, loversss..
I LOVE U velymucchh!!!