"Sembilan bulan aku berpenat lelah membawa perut yang besar kehulu kehilir mengandungkan kau, aku tidak pernah merasa jemu. Aku sentiasa berdoa kau akan menjadi seorang anak yang berguna, seorang anak yang akan membanggakan keluarga. Aku belai, aku beri makan, aku tukar lampin ketika kau kencing, kau berak. Aku memberikan pendidikan yang terbaik untuk kau kenal baik dan buruk, untuk kau tabah menghadapi segala pancaroba hidup didunia ini. Aku sayang pada kau. Kaulah permata hati ku. Tapi kenapa kau menconteng arang dimukaku? kenapa kau tidak membunuhku. Kerana lukanya lebih sakit bila melihat tindakan kau yang bodoh. Kenapa kau sanggup menggadai maruah kau untuk orang yang tidak mencintai kau? BOHONG kalau dia menyatakan dia mencintai kau, sebab dia tidak menjaga kau dari maksiat, dia tidak membelai kau dengan kata-kata nasihat, dia tidak menolak kau disaat kau berduaan. Aku percaya pada kau, tapi ini kah pembalasan diatas kepercayaan penuh aku berikan?? Aku rasa kesal dengan diri aku sebab aku tidak berjaya memberikan pendidikan agama yang tinggi pada kau, aku tidak berjaya menjadikan kau seorang yang dihormati. Jika jalan ini yang kau pilih, kau bersedialah melaluinya."
.................................................................................
Aku bercakap bukan bermakna aku ingin menjadi malaikat ,bukan bermakna aku baik, suci, terhindar dari melakukan dosa.
Tapi aku bercakap untuk mengingati diri aku sendiri, mengingati kaum sejenis dengan aku. Nafsu hanya akan merosakan kita.
Dia wanita, aku juga wanita, aku tahu apa yang dia mahu. Aku juga pernah remaja, pernah bercinta. Aku juga pernah berdosa.
Bila diri diulit rasa cinta, kasih dan sayang, engkaulah segala-galanya dalam hidupku, kau akan ku jadikan permaisuri hatiku, tapi itu semua palsu. Tiada cinta yang perlu pembalasan sebelum pernikahan.
Aku tidak menyalahkan dia 100%, malah aku juga tidak berpihak kepada dia. Aku cuba meletakan diri aku didalam dirinya, aku taw dia menyesal dengan tindakannya, dia terlanjur dengan perbuatannya. tapi penyesalan tidak lagi berguna.
Aku juga takut untuk terus menjadi seorang wanita yang belum dinikahi. Aku takut untuk melakukan maksiat, aku takut bila berdua akan ada yang ketiga.
Ibu bapa mana yang tidak takut menjaga seorang anak perempuan, lebih baik mereka menjaga sekandang lembu dari menjaga seorang anak gadis.
-kungfu panda 2-
Aku berharap aku akan seniasa berpegang janji aku pada emak.