8.11.14, hari kedua
program. Hari ini aku ditugaskan untuk memeriksa kutu dan pemberian ubat cacing
untuk kanak-kanak yang datang. Ade ke budak-budak yang datang surrender untuk
makan ubat??
Meh aku cerite serba
sedikit pasal program ni. Ada 9 bahagian, 1st pendaftaran, 2nd
pemeiksaan tekanan darah dengan pemeriksaan DXT/ gula dalam darah. 3rd
pemeriksaan doctor, 4th pemeriksaan kutu dan pemberian ubat cacing (part
aku and the gang tu), 5th farmasi,
6th rombengan/ agihan pakaian terpakai dan makanan, 7th
pameran dan ceramah dari ribbon team, 8th pemeriksaan gigi, 9th
pemeriksaan mata.
Lepas je kiteorang bukak “kedai”
ramai orang kampong datang serbu, macam dah aim dari jaoh la pulak kan..kikiki
keaadaan hingar bingar dan buzy seketika.
Aku and the gang pulak
terpakse cari “customer” sebab mata dieorang dah tak Nampak sign board (pemeriksaan
kutu dan pemberian ubat cacing) dah, yang diorang nampak rombengan je. Next time
aku nak letak “air cola percuma” selepas membuat pemeriksaan lah, baru laku ‘kedai’
kiteorang..heee
Pagi tu juga ada dua buah
helicopter mendarat,Aku teruja lah Nampak helicopter depan mate, nak naik je
tak sempat. Kalau aku kaya!
siapakah gerangan yang menaiki heli itu?? tertanta-tanya seketika.Ahli parlimen kinabatangn
yang datang rupanya,siapa tak kenal YB Datuk Bung Moktar bin Radin, ahli
parlimen yang kawin dengan artis gebuss gituu. Sempat lagi dia datang beramah
mesra dengan kiteorang.
Lupa nak cerita mase part
one, masa kiteorang on the way nak pergi kampong inarad, ada beberapa kereta
fourwheel siap dengan escort polis lagi, vvip la kot. Co driver kereta yang aku
naik tu kerja kat mahkamah, die bagitaw yang hakim besar Sabah & Sarawak
YAA Tan Sri Datuk Sri Panglima Richard Malanjum pon datang. Itu baru lah
berjiwa rakyat, merasai kesusahan rakyat nak keluar dari kampong, dengan jalan 'grable', licin, berbatu batu jauhnya. Tumbss up.
Program di bahagian
mahkamah dan JPN berlangsung di bahagian bangunan bilik darjah yang serba serbi
lengkap, kipas, lampu, kiteorang je yang pakai angin ‘original’. Tapi takpa
lah, yang penting kerja enjoy sebab kebanyakan penduduk kampong sihat walafiat,
tiada kes jangkitan cacing, wabak dan penyakit yang serius. Tahniah aku ucapkan
sebab youolls sangat osemmm..
Program pada tengah hari
ialah majlis penutupan program mahkamah dan JPN. Suku kaum di sabah tak akan
lengkap kalau tak berpakaian etnik. Yang ni paling best sebab ada acara tari
menari bersama.. seronok bak hang, tan sri, yb pon sporting.
Lepas makan tengah hari,
aku curik tulang jap baring-aring kat asrama sambal berkipas-kipas. Dalam hati “kan
best kalau dapat aircond dengan ais..yummmm..”
Aturcara program pada
petang hari, melawat kampong bersama pengarah hospital.
Aku berkobar-kobar nak
melawat kampong orang, tapi bila aku Nampak perjalanan yang berbukit bukit then
tanah merah, jaoh plak tu rumah mereka, hati aku menjerit “kenapalah aku join
melawat kampong ni”nak patah balik dah jauh sangat pulak takot hilang tak dapat dikesan radar... adessss..
Aktiviti malam hari yang
bosan, bosan sebab aku stay dalam asrama je kot, rasa malas nak join karaoke. Suare
macam 'ella' katakan, takot orang menangis pulak kalau dengar..hahahaaa. so malam
tu aku tidur awal, jam 10.00pm kot aku tidur, macam budak sekolah lah.auwww
muda kan i..kikiki
Esoknya 9.11.14 last day
aku di kampong inarad tongod, yeahh dapat jumpa tilam, encik domo dan kipas angin..hehehe sebelum pulang kitaorang bermandi manda disungai tangkulap. jernih giler air die wa cakap sama lu, jauh betul dari pencemaran sungai, sebabnya tempat ni jauh sangat dari pekan or bandar, jenuh jugak tongkeng nak duduk jew., aman damainya suasana. kalau dibuat taman rekiasi nih sangat sesuai kot.. layan je la gambar, kalau tulis panjang panjang pon takda nye orang rajin..kikiki