JOM JOIN BLOG SAYE!!

24 August 2010

Pantun Merisik untuk Cik FiEza


Sedang aku membuat pantun berkaitan dgn adat & budaya untok pertandingan panton 28hb 8 nieh, aku menyuroh cik eta mencarikan panton kt ternet..


terima kaseh cik eta!!....sedang tercarik2...lalu berjumpalah dgn panton meminag...huhuhu...

cik eta menjual pantun kpd sy....so pe lg..kami berbalas2 pantun la seperti dibawah....



kepada cik fiza...terimalah beberapa rangkap panton ini ye....



cik eta:


Bukan kacang sebarang kacang,

Kacang melilit si kayu jati,

Bukan datang sebarang datang,

Datang membawa hajat di hati..


cik mira:
bersatu jiwa 2sejoli,

ikatan kasih tersimpul mati,

kami bersedia duduk sekali,

terangkn ape hajat dihati..


cik eta:

hajat bukan sebarang hajat

hajat ingin menyunting si puteri

jika tepat kata sepakat

cincin tanda sarungkanlah ke jari~ )

cik mira:
teruna berdebar tidak keruan,

rungsing memikir kesana ke mari,

tersimpul rapi meleret senyumn,

si dara bersedia mnjadi suri..


cik eta:

anak kecil bermain di taman,

mengejar itik sambil berlari,

setuju sudah ingin berteman, 

apakah syarat mengikat puteri

cik mira:
sudah lama si sejoli berpacaran,

ingin berteman milik hakiki,

senaskah al-Quran dan wang hantaran,

syarat tetap untuk miliki..


cik eta:

bunga dihulur tanda cinta,

dari jauh bunga diberi, 

mas khwin sebagai tanda ikatan,

luahkan hajat kami dengari...

cik mira:
jmbatan emas tinggi nilainye,

si puteri menjeling tanda suka,

kami terima beberapa seadanya,

berapa nilai harga pembuka?


cik eta:

berakit ketika arusnya deras,

arus membawa rakit ke hulu,

7 ribu harga pengeras,

berapa harga kaknya dahulu....

cik mira:
‎7rbu ringgit nilai di beri,

bkn xcukup tp perlu memadai,

jururawat masyarakat jawatan si puteri,

minx pertimbgkn nilai saudari..


cik eta:

kuntum mawar dibuang ke sungai,

baunya pula dibuat terapi,

pembuka harga xdisetujui,

11 ribu adakah mencukupi...

cik mira:
xsabar sejoli berpeluh di kaki,

cukuplah harge untuk bersua,

si kakak belum lg dimiliki,

emas serba satu pintanya jua...


cik eta:

putera kami bernama fahmi,

putera kami tak juga berkira,

tuntutan puteri kami fahami,

berapa dulang yang ingin dipinta..

cik mira:
hafiza ibrahim semakin lemas,

pantun xsudah pnjang ditulis

7dulang selirat berhias,

puteri pinta hiasi majlis..


cik eta:


7 dulang cantik berhias,

dirumah kami kami tempatkan, 

dulang sudah kami siapkan,

warna merah kami temakan...

cik mira:
perak htam warna kegemaran,

9dulang menuggu diberi,

adat melayu menerima lamaran,

tentukn tarikh bersatu berseri..


cik eta:

adat melayu penuh sopan,

adat pusaka harus diikuti,

kami mengikut kehendak perempuan,

tetapkan tarikh kami turuti...

cik mira:
si puteri bekerje di siang hari,

pabila mlm tdurnye mati,

bln 12 tarikh diberi,

adakah setuju bersatu hati?


cik eta:

orang memancing ditepi pantai,

banyaknya dapat ikan tembakau,

yang kami hajat sudah tercapai, 

yang kami doakan sudah termakbul...

cik mira:
doa kami jgn berenggang,

2 sejoli membina istana,

kata sepakat jnji di pegang

supaya amn bhgia hndaknye.


cik eta:

Jika kamu katakan ya,

maka jangan disiakan masa,

mari kita mulakan upacara,

sarungkan cincin pada si dia.

cik mira:
megahnye tanduk ank si rusa,

berjalan megah tandenye dare,

si puteri berdebar menuggu mase,

silelah masuk wahai saudara..


cik eta:

Kami datang menaiki kereta,

walau jauh tidak terasa,

kami pantas memetik bunga,

kerana kumbang mengada-ngada.

cik mira:
Menyala sudah cahaya matahari

Lalu sampai ke birai telaga

Muafakat sudah seiya sehati

Tanda hidup kita berkeluarga


cik eta:

tidur malam tidak lena,

fikiran melayang serba x kena,

senyum lebar hingga ketelinga,

hati x keruan teringatkan bunga.



fiza ckp: "nanti sy nk bertunang korang lah yg berpanton ye..eta dipihak fahmi...kak 
              sham dipihak sy.."
eta ckp: "boleh2...hahaha..fahmi dh x sabo dh tuh"



hehehehehe......aku pon x sabo nk kawen....

3 comments:

  1. ermmmmm...nti kita buat pantun gempak lagi k..sblm 2 kasi menang lu pertandingan pantun y awk masuk 2 k

    ReplyDelete
  2. dua tiga kucing berlari,
    manakan sama sikucing belang,
    bile nak kahwin wahai cik saudari?
    menunggu sesorang masuk meminang?

    ReplyDelete
  3. hehe...ader ker pempuan g pinang lelaki???ahaks..

    ReplyDelete

thanks my dear friends~~~