JOM JOIN BLOG SAYE!!

10 December 2011

AKU LIKE!!!

Yay akhirnya aku dapat jugak beli smartfon "kunun", tapi bukan iphone or etc huhu..
samsung galaxy yang murah2 jew ( niat dihati nak miliki samsung galaxy S11) tapi dapat samsung galaxy young pon jadik laaa "aku kn young lagi"...

sedeyy x mampu lagi nak beli hp mahal2.. T_T





Takpe la sekurg2nyer aku bukan diantara org yang trtinggal dari teknologi masa kini...cewahhh..huhuhu

Aku rase kalau dah ada smartphone kat M'sia nie WIFI kne r ada jugak...lagi2 kan best kalau Pt Seraya ada WIFI...maju siottt...




p/s: kpd wak Lan, pasang la WIFI kat umah...pleaseeee....

24 November 2011

Dah Final Exam pon

Aku dah tenang ciket sekarang sebabnya ku dah hbes exam final....tahniah!!!

Segala yang aku study alhamdulilah banyak yang keluar, soalan nampak mudah jew..tapi nak jawab tak cukup masa..adeyhh...12 soalan 80 markah jawab dalam masa 2 jam..walaweiii mane cukop...kremmm tangan kejapp..

Aku sedeyy sangat, aku terover excited nak jawab soalan sampai baca soalan pon tak habes, soalan mintk lain, lain yang aku jawab...kecewa giler...menangis aku kejap..

Tapi yang bestnyer................

Dah tak payah nak bace buku lagi..yay...(sambil menari2 kegembiraan)

So sekarang aku tinggal nak exam LJM lak..

Boleh tak kalau tak bace buku...hurmm takotnyer tak bole jawab, tengok soalan LJM sem lepas macam susah giler..Soalan ABCD kn soalan membunuh..

Esok 25.11.2011 diumumkan result exam final...Takot campor kecewa campor garam, gula segala macam perasa lah....aku harap aku lulus je...

Mak cakap, " tak pe lah tak jadik pelajar cemerlang, yang penting lulus.." mak saje je nak sedapkn hati aku tu...



Tak lame lagi aku pikul tanggungjawab sendiri, keje, kerja, dan kerja dan 1st thing aku mesti ingat bila2 masa aku boleh masok JAIL kalau buat silap...Malasnyer.....................nak jadik student jew tapi gaji macam staff bole tak??


"bole muke kau"


Sakit kulit pulak...

Dah dekat 2 bulan aku kena penyakit kulit nieh...memang teruk giler lah, aku sendiri geli dengan kulit aku..

Kes kejadian bendealah nieh masa aku praktikal di Hospital, masa tu kerja malam, tetibe jew hidung aku panas & keluar darah.. aku wat lek jew sebab aku dah biase dah hidung berdarah ni...

Masa aku teman ieda nak solat subuh tu aku terkejut kenapa ada bintik2 merah kat kaki aku????





Dengan perasaan cuak aku bagi taw kengkawan lain, Doktor cakap aku suspek Denggi sebab simptom2 ada, cuma aku tak demam jew..
1) hidung berdarah
2) bintik2 merah timbul
3) rasa loya2 nak muntah

Pagi tu jugak aku dengan perasaan gundah gulana ambik darah untuk cek FBC, PTPTT...Aku nieh stakat ambik darah orang memg hebat laa...tapi kalau bab aku kene suntik sorry la ekk...TAKOTTT!!!!

Dapat jew result aku bagi Doktor tengok, semuanya ok jew... Aku x puas ati, aku g amergancy (A&E), Dr pon terkejut tengok kaki aku.. Lagi sekali darah aku kena diambil, OMG sakitnyaaa....

Keputusan tetap sama...darah aku tak menunjukan aku terkena jangkitan apa2..muskil2..Dr pon bagi la referal letter supaya aku dirujuk pada Dr pakar kulit lah kununya...tapi aku malas la nak g...

Aku jumpa Dr kat OPD pulak...dye pon tak sure ape penyakit aku. Dr just bagi ubat antibiotik, krim sapu... kalau tak hilang datang jumpa die semula...tapi aku malas nak jumpa die lagi..

Aku just sapu2 je ubat..........tapi sedih hilang kejap jew pastu timbul smula bintik2 tu...tapi kali nieh die lebih ganas tumbuhnya...siap timbul...geli siott...
ni hasilnya selepas aku sapu2 ubat makan ubat semua...kurang la ket..tapi tumbuh semula..


Sebab aku dah fade up dengan segala rawatan tapi tak pernah lak baik, so kalau aku dah sakit giler babun baru aku makan ubat, tak ingin aku nak g jumpa Dr...sama jugak...ada ker patut just tanyer2 terus bagi ubat...x sentuh2 langsung...teruk2...aku pon bole jadik Dr laaa kalau gitu...

Ada satu malam tu kaki aku teruk sangat, benjolan2 die semakin membesar dan nampak ganas... aku mintak permission  nak keluar g jumpa Dr... Die cakap aku alergik stokin...helloo...tak pernah pulak aku kena alergik, makan pon tolak batu kayu ni kan pulak kain2....tak kan tibe2 jew...anehh.. aku balik dengan perasaan yang sangat hampa dan geram..

mak aku terkejut giler bila dye dapat MMS gambar nieh...die ingat aku kena jangkitan HIV...eeee palis2...selisih malaikat 44...


Kengkawan ada jugak mengsyorkan guna DETTOL...kunun nak bunuh kuman laa..aku pon beli..segala apa yang kengkawan syorkn aku guna aku beli..ye laa sapa nak sakit kn..aku nak aku sihat walafiat jew... Tapi sihat, sakit semua telah ditentukan ALLAH kn...mungkin aku banyak dosa jadik penyakit kn boleh mebghapuskan dosa kecil...Insyallah.. Aku hanya mampu berdoa supaya aku sihat...

Ada seorang member Puan pegajar aku pernah mengalami masalah yang sama, duit die habis dok g merawat jew...tak jgak baik, Dukun2 segala pon dah pernah rawat die, kunun kena buatan orang laa.. Die syorkan kat aku satu produk, die cakap bagus laa sebab dia beransur pulih... mungkin darah aku de kuman la kowt.. Think positiff!!

Aku nak beli tapi harga die RM200+++ giler ko..tak mampu lak aku nak beli.. alamatnya tak makan KFC la aku nanti..haha Then die soh aku guna "FEMININE HYGIENE" ...

Firstly aku macam tak cayer lah bende tu.. Tapi aku akan cuba hilangkan sendiri bintik2 merah nieh..aku pon beli lah satu..naseb beik murah jew..RM18..


so far aku guna memang hilang bintik2 merah tu, tapi kesannya hitam laa..orang cakap jagan makan kicap, tapi aku tibai jew kicap..hahaha..padan muke aku... nak cakap produk nieh bagus tak jugak sebab kadang2 bintik2 tu muncul semula....aishh..bikin penasaran jew...haha
kering sudaaaa....

Aku rasa kaki aku sekang dah ok ciket laa..cuma nampak hitam2 bekas kudis..malu aku nak pakai selipar, orang tengok kaki..eeeee..macam budak suke mandi parit jew..berkudis....hahaha

Ada orang cakap kat aku kalau muke berjerawat batu kena cuci pakai pencuci wanita..betul ker mujarap???aku pon tak pernah try..hehee




p/s: buruk siott kaki aku.dah la hitam, berkudis lak tuu...hahahahaa....

02 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

..................................................
Yay, Ramadan datang lagi!!
Syukur alhamdulillah aku masih sempat bertemu bulan Ramadan, aku masih diberi peluang untuk membanyakkan amalan yang di suruh dan aku masih sempat untuk bertaubat kepada Allah s.w.t pada tahun ini, semoga segala amalan aku tahun ini diterima Allah s.w.t, amin..


Macam tahun-tahun sebelum ini, Ramadan tiba je bazar pon meriah lah dengan segala jenis makanan dari utara ke selatan, semua ada. Waktu siang nampak la slim sikit, bila malam jew macam ibu antenatal plak..hahaha


Tapi aku rasa kalau lah kat Tawau yang aman ni buat bazar a.k.a. pasar lambak setiap hari ahad macam tempat aku tu comfem lah  lagi syok. Disamping dapat makan banyak, boleh juga menambah rezeki orang-orang yang mata pencariannya dengan jual kuih. Aku kna suggest kat “orang besar Tawau nieh”. huhu


Excited dah nieh nak puasa,siap semua setting jam nak sahur, tapi yang tak gempaknyer aku menses pulak pada hari 1st puasa, adeyy.. tak dapat nak sambut Ramadan..sob3x.


Wahai lah menses, plis la kua kejap jew..jenuh aku nak menganti puasanyer nanti..huhu
................................................




Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



p/s: selamat berpuasa ye kawan-kawan, semoga kita dapat sama2 merasai nikmat berhari raya..yay!!

30 July 2011

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan binasa


"Sembilan bulan aku berpenat lelah membawa perut yang besar kehulu kehilir mengandungkan kau, aku tidak pernah merasa jemu. Aku sentiasa berdoa kau akan menjadi seorang anak yang berguna, seorang anak yang akan membanggakan keluarga. Aku belai, aku beri makan, aku tukar lampin ketika kau kencing, kau berak. Aku memberikan pendidikan yang terbaik untuk kau kenal baik dan buruk, untuk kau tabah menghadapi segala pancaroba hidup didunia ini. Aku sayang pada kau. Kaulah permata hati ku. Tapi kenapa kau menconteng arang dimukaku? kenapa kau tidak membunuhku. Kerana lukanya lebih sakit bila melihat tindakan kau yang bodoh. Kenapa kau sanggup menggadai maruah kau untuk orang yang tidak mencintai kau? BOHONG kalau dia menyatakan dia mencintai kau, sebab dia tidak menjaga kau dari maksiat, dia tidak membelai kau dengan kata-kata nasihat, dia tidak menolak kau disaat kau berduaan. Aku percaya pada kau, tapi ini kah pembalasan diatas kepercayaan penuh aku berikan?? Aku rasa kesal dengan diri aku sebab aku tidak berjaya memberikan pendidikan agama yang tinggi pada kau, aku tidak berjaya menjadikan kau seorang yang dihormati. Jika jalan ini yang kau pilih, kau bersedialah melaluinya."
.................................................................................


Aku bercakap bukan bermakna aku ingin menjadi malaikat ,bukan bermakna aku baik, suci, terhindar dari melakukan dosa.

Tapi aku bercakap untuk mengingati diri aku sendiri, mengingati kaum sejenis dengan aku. Nafsu hanya akan merosakan kita.

Dia wanita, aku juga wanita, aku tahu apa yang dia mahu. Aku juga pernah remaja, pernah bercinta. Aku juga pernah berdosa.

Bila diri diulit rasa cinta, kasih dan sayang, engkaulah segala-galanya dalam hidupku, kau akan ku jadikan permaisuri hatiku, tapi itu semua palsu. Tiada cinta yang perlu pembalasan sebelum pernikahan.

Aku tidak menyalahkan dia 100%, malah aku juga tidak berpihak kepada dia. Aku cuba meletakan diri aku didalam dirinya, aku taw dia menyesal dengan tindakannya, dia terlanjur dengan perbuatannya. tapi penyesalan tidak lagi berguna.

Aku juga takut untuk terus menjadi seorang wanita yang belum dinikahi. Aku takut untuk melakukan maksiat, aku takut bila berdua akan ada yang ketiga.

Ibu bapa mana yang tidak takut menjaga seorang anak perempuan, lebih baik mereka menjaga sekandang lembu dari menjaga seorang anak gadis.
 ........................................................................

kepada dia, 
"your life may not have such a happy beginning
that doesn't make who you are,
it is the rest of your life,
who you choose to be......"
-kungfu panda 2-

Aku berharap aku akan seniasa berpegang janji aku pada emak.  





29 July 2011

Kesian Mereka~~


Yay..akhirnya aku dapat balik raya!!!

Thankies Mom & Dad..I LOVE U SO MUCHH!!! sebab belanje tiket flight..

Kesian kpd bebudak SEMENANJUNG yang tak dapat balik raya tahun ni disebabkan tiket mahal... 


Sebabnya.........

KOLEJ nie jahat tak comferm cuti awal2.. bikin saket hati jew…


kalau naik bas… tiket sama jew harga..


alangkah bestnya kalau tiket flight pon sama harganya...






p/s: pulanglah kawan2, belum tentu lagi time kerja nanti kita dapat cuti raya…

24 June 2011

Happy Nurses Day

SELAMAT HARI JURURAWAT MASYARAKAT!!!ahaks…

Tahun nie tahun ke-2 aku sambut Nurses Day. Nampaknya dah 2 tahun aku dok Sabah nieh.. WOW!!! Amazing hahaa~~ bengong~~


Istimewa nurses day tahun nie?? Ermm….jap aku pikir jap, ader yang best ker ek? Macam tak de jew..hahaha


Actually best jugak la. Maybe tak best sebab kawan2 beik (fiza,eta,emma,ida) sume x da kat kolej. So tak happening la sambut berdua sahaja dengn esah.


Then yang terbaru dari kolej nieh, WUJUD 4 rumah sukan MERAH, BIRU, KUNING, HIJAU. Aku rumah HIJAU!!! Hidopp hijau.. dah mcm skola2 lak…hissss…


12/5/2011- Pertandingan mini conference dengan Pertandingan sajak.
Buat pertama kalinya aku menjadi MC a.k.a pengacara majlis. Mula2 rasa gugup jugak la, last2 mcm nak berebut microfon lak dengan Nik, hahaha.. Betul la cakap dia, nak buang rasa gugup tu jangan pandang mata audience, kita pandang kepala dyaorg jew..hehee


Perkara yang tidak diingini bila buat majlis adalah tetamu terhormat datang dulu sebelom tetamu2 lain. hisss memalukan jew. Mengamok Pn Pengarah bila tengok dewan penuh dengan kerusi jew. Dia suruh semua dak2 yang membuta kat bilik tu g kerja, padahal CUTI KJMT, kesian dak2 yang plan nak tido smpai petang tu. Hahaha


Bukan tu jew, pengarah siap buat perjumpaan dengan semua pelatih, kira nak brain wash laa.. Aku yang hadir nih pon kne brain wash skali..Adeii.. actually aku paham knp dak2 nie sume x mo turun, sbb awal sgt kott 7.30am soh berada dlm dewan. Naseb beik aku jadik MC, kalu tak comfem aku pon tak mo turun..wakakaka~~~~ tak senonoh~~


Tindakan pengarah yang paling best giler, potong/cut/tarik/takbagi HKA(hari kelepasan am)/CUTI SEMESTER..tu la MODAL dia nak bagi student2 ikot cakap dia n konon berdisplin laa. So aku sebagai student nih kekadang no choice, terpaksa pilih A bukan B, walaupon pahit.


Ok dah2, citer pasal Pertandingan mini confrense plak, ermm aku ase mendealah  nih bagus ntuk bebudak yang nak study tapi mals nak bace buku macam aku lah, sebabnya dah ada volunteer nak mengulas topik2 yang sangat glamer dalam exam.


Topik2 uang diulas, Anemia in Pregnancy, Diabetis mellitus, Tuberculosis & infection control. Memg terbaik la dieorang buat. Aku pon tak pandai nak buat mcm tu. Setiap pertandingan mestilah ada seorng pemenang, pengadil dah tertarik dengan slide2 dari peserta yang ulas tajuk Diabetis mellitus. Aku rase slide2 dgn ulasan dan cara penyampaian dya memg hebat pon. Tahniah2…RUMAH HIJAU tuuu..hehe


Rest minum pagi jap sebelum acara pertandingan deklamasi sajak diteruskan. Time ni banyak giler makanan ada mi goring, kueh tiga jenis, bubur kacang & yang paling best ada kek…I looooooooiiikkkeee cake!!!!
Memg banyak giler kek mase tu, time nurses day tahun lepas de 3 biji kek jew, tu pon tak cukop kan. Kali ni pengarah up lagi sampai aku tak terkira ada brp bijik semuanya..yang penting banyak giler n Nampak menyelerakan laa..haha..~~~makan jew aku taw~~~


Sajak…macmner nak bace sajak ek?? Tak pernah seumur hidop aku masok sajak, tapi berangan nak bersajak bergabong dengan Juma, last2 Juma jugak yang bersajak sesorang. Sape tak kenal Jumariah Jandu, JUARA CARTA KJMT, semua dia boleh buat bersajak,berpidato,berpantun,bersukan, segala ber2 lah semua dya leh. Konduktur bas balik KOTA KINABALU-TAWAU pon die..Hehehehe


Korang kenal Khatijah?? ala tijot yang rendah2 tuu…tak kenal?? tak pe lahh, esok aku kenalkan kat korang. Budak nieh bangon lambat jugak pagi tu, so kena la halau tak boleh masok dewan & g balik wad. Tapi budak nieh peserta sajak………“mcmner nieh NIK????”


Nik dengan kelembutannya pon pergilah Wad SCN Hospital Tawau & memujok si tijot nieh..alolololo~~~manjenyer dye. hehe.. Kecik bukan sebarang kecik, kecik bersuara lantang membuka bicaranya~~cewah bermadah plak dah aku nieh.


Sajak tijah tu aku rase mcm panjang betul, tapi siyokkkkk bahhhh!!! Betul2 nieh dye marah, feeling habes aku dengar mcm nak nanges. Tak habes2 aku nieh, semua lah aku nak nanges. hahaha… Memang hebat la, kalah si jumariah jandu meyhh…WE LOVE TIJOT……WE WANT MOREEE!!!!hahaha…

...............................................
13/5/2011- Buat pertama kalinya jugak aku jadik MODEL OSCI untuk final exam semester 5. Benda yang aku teringin sangat akhirnya dapat jugak. 
Syukurlah..


A:     “OSCI tu ape kak??”
B:     “OSCI tu sejenis makanan raja2 dik…hehe
Bukan2, OSCI tu exam dimana kita dikehendaki melakukan prosidur mengikut arahan yang ditulis diatas kertas. Contohnya arahan menyuruh kita mencuci luka dengan teknik aseptic, so kita mestilah tunjukan cara2 mencuci luka 
dengan betul mengikut teknik aseptic. Sekian terima kasih”.


Lain orang lain ragam. Model osci nieh pada orang lain mungkin tak best la, sbb borink satu hal, mengantuk satu hal. Tapi aku rase benda nie bagus jugak la kekadang, at least aku dpt pendedahan awl dengan peperiksaan mcm tu. Tak dapat aku bayngkan kalu aku kat tempat dyeorang. Ntah boleh buat or tak.


ATTENTION!!!! Osci tahun nie masok:


1.     vulva swabbing
2.      Pemberian ubat Benadrill/ ubat batuk
3.      Pemeriksaan tekanan darah
4.      Motivasi penyusuan susu ibu
5.      Pengiraan rigim
6.       Penjagaan ibu dalam 1st labour
7.       Dressing
8.      Balutan
9.      Mengukur lilitan kepala bayi
10.   Pemeriksaan payudara


Prosidur DRESSING paling glamer giler, aku takot jew time aku OSCI nanti tercampak lak segala fosep2 dari tangan. hehe


Petang hari tu ada sukanneka bersama staff sempena nurses day, aku excited nak join la konon. Tapi asik kalah jew aku main, 4 permainan settle jew aku dh berangkat naik bilik tidooo..hahahaa heaven, aku bagun tido jew aku dpt taw rumah hijau dapat nom last eh bukan2, seri kowt, eh2 tak ingat laks hahaha lantak pii~~~

Malam yang ditunggu2 telah tiba, makan malam yang heaven~~I looooiiikkkeeeess!!!
Pembukaan….Persembahan tarian tradisional dari rumah merah, I give 4 starzzz!!! Dah boleh buat persembahan kat HOTEL dah. Huhuhu~~


Then diikuti tarian2 etnik, modern, tarian dari staff2 klinikal, staff2 sokongan and the last pengajar (1st time meyhh).
Yang paling best tarian dari student2 la. Sebab tahun nieh staff pon kna buat persembahan jugak. Maybe staff tak cukop latihan ++ tak creative mcm jiwa muda remaja macam aku yang cumill nieh, haha tak de kena mengna pon sham...
MINTAK MAAP cikgu-cikgu. Practice make perfect keyhh. Hehe~~


Lastly acara yang paling ditunggu2 oleh pemenang pertandingan mini conference, sajak, sukanneka,tarian a[e lagi ek?? Aku dapat tengok je la, masok bertanding pon tak macm maner nak dapat hadiah. Tahun lepas dapat la jugak piala sebijik dengan hamper jajan sebab JOHAN bola jaring dengan Tempat ke-2 pertandingan kuiz (I looooiiiikkkee kuiz). Tahon nieh tak ada pertandingan semua tu, kawan2 pon takda….SOB3X~~


Tak sah kalau anugerah nih tak ada, ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG 2011. Pada aku semua terbaik, memg sporting hbes la puan2 semua, tapi dah rezeki Pn Samsah Suda nak berebut ker?? huhhuhu~~~ Tahniah kpd Pn Samsah. Jgn serabut2 lagi ok, Puan mesti COOOOOOLLLL…baru leh berfikir..hehee..


Ending majlis nieh, Tiba2 ada lagi satu anugerah yang very rare laa, “ ANUGERAH PELATIH CEMERLANG 2011”.Diumumkan pelatih cemerlang tahun 2011 ialan JMP NUR SHAMIRA BINTI SAHLAN.


~~~OMG~~~



Jantung aku mcm nak tercabot jew nih, macam nak nanges pon ada, bangga pob ada, tak taw lah bercampur baur sudah perasaan tu..heehe~~ anyway thanks pada semua pengajar2 sebab memilih aku sebagai pelajar cemerang tahon ni.. Actually layak ker aku?? AhhHH lantak lah, hehe~~




Hurmmm…. Patut lah Pn Siti dok paksa2 vs marah2 aku soh tukar baju yang sopan ket. Aku dengan perasaan sedih, nak nanges ++ geram bantai jew baju kurung yang aku pakai time mini konfrense pagi tu, tak taw plak ada hikmah disebalik kejadian tu, ahaks~~ lucu2 =)



Now my dreams come true. Tak pernah seumur hidup aku dapat pelatih cemerlang even kat sekolah TABIKA KEMAS, nie lah first time & maybe the last time kowt…harap2 adalah another cemerlangs2 pas nie. hehehe..


Malam tu dgn perasaan geram + sakit hati dgn obo + suka + happy + gumbira + all the feeling lah, aku naik bilik aku terus call my mom, sooooo touch la. Aku boleh nanges lak, cengeng tol si shamira nieh hehehe.. Nanges happy tak pe kan maK?? aku sedih bila aku cakap “dah lama kak era mengidam nak jadik pelatih cemerlang, asik kak mimi, am, ica jew dapat” mak cakap “dah rezeki ko dapat kat sana”.. Uuuwwwwaaaaaaaaaaaaaa… Thanks all my family, gurus, crews, friends, loversss.. 


I LOVE U velymucchh!!!

24 May 2011

Dia bertahta dihati

 i love you mom clipart. I love you mom!



Post at FACEBOOK yang merepek.
Hurmm..bencinya..Kenapa setiap tarikh kat calendar mesti nak dikaitkan dengan sesuatu bangsa. Contohnya hari ibu, dikaitan dengan orang kristian yang mengabdikan tarikh tersebut sempena sesuatu… dan ada orang cakap kalau kita orang islam merayakannya kita berdosa?? Kenapa ekk?? mestikah disambut pada bulan mei?? Bulan2 lain kenapa tak ada yang sambut??


Semua itu kehendak diri sendiri. Tiada kaitan langsong dengan tarikh kat kalender or tarikh2 yang berkaitan denggannye. Semua orang sayang ibu masing2, tak akan ada orang yang tak sayang mak die. Cuma, kadang2 hidup terlalu sibuk membuatkan diri alpa. contohnya hari ibu, kat TV, Majalah, Surat khabar semua de promosi, tak kan kita sebagai anak tak terfikir nak bagi something kat mak kita, especially wishes. Bukan sebab apa, sebab mak kita pon nak jugak rasa ada orang wish die time tu. Jeles la kalau anak orng lain wish mother day, celebrate segala, tapi kita sebagai anak dye do nothings pulak. kecik ati mereka. Kadang2 mak2 kita pon tak sedar tarikh lahir dye sebab terlalu buzy. betol tak mak2 sekalian.. hehee
.............................................................................................

So disini aku nak luahkan something kat orang yang paling bermakna dalam hidupku, tanpa dia tiadalah aku didunia ini…


Mak….
Mak… kak ira nak ucapkan selamat hari ibu kat mak, kak ira bangga sebab dapat seorang ibu yang sangat prihatin dan kasih terhadap kak ira dan adik2 yang lain. Walaupon mak tak pernah ucapkan mak sayang kak ira, tapi kak ira dapat rasa sendiri pengorbanan yang mak curahkan. Tak mampu rasanya kak ira nak balas.


Mak bagi kak ira pelajaran kat sekolah yang bagus, mak bagi kak ira tempat tinggal yang selesa, pakaian yang cantik2, makanan yang sedap dan hampir semua kemahuan kak ira mak cuba laksanakan.

Mak tak pernah marah kalau kak ira dapat nom corot nom paling besar kat sekolah, pencapaian kak ira tak bagus kat sekolah pon mak tak pernah nak bising. Mak tetap ambik buku laporan kak ira kat sekolah setiap tahun. Kak ira taw mak sibuk kat tempat kerja,mak datang lambat, tak pe lah walaupon kak ira sorang je pelajar yang tinggal, yang penting mak ambik buku laporan tu.

Mak tak pernah marah kalau kak ira malas nak belajar, kak ira tak buat kerja sekolah, kak ira bercinta kat sekolah, tido dalam kelas ker, mak tak pernah marah.Tapi mak akan marah kalau kak ira malas nak bagun pagi nak pergi sekolah, mak marah kalau kak ira buat masalah disiplin kat sekolah & mak marah giler kalau kak ira ponteng sekolah kn. Kak ira taw, jauh disudut hati mak, mak nak kak ira sedar sendiri, kalau tanpa ilmu didada kita tak akan dapat kemana2. Mak nak kak ira berjaya jadi seorang manusia yang berguna kn.

Lepas SPM, kak ira tak dapat pon university mana2, kak ira taw mak kecewa kan dengan keputusan peperiksaan kak ira. Tapi mak tak pernah nak banding2kan dengan kak mimi, am, ica or udin. Mak ikutkan je dengan keputusan kak ira nak sambong study kat kolej swasta yang mahal tu. Mak tak pernah berkira pasal yuran or perbelanjaan disana. Yang mak pentingkan kak ira nak belajar lagi kan. Lepas tu kak ira dapat tawaran jururawat under GOV, mak paksa suruh kak ira terima tawaran tu. Mak suruh kak ira tinggalkan kolej, mak sanggup bayar balik yuran kolej tu semata2 nak suruh kak ira terima tawaran tu. Mak pernah cakap: “mak tak risau pon berhabis duet beribu2 yang pnting kak ira dapat kerja tetap lepas belajar. Mak risau kalau kak ira susah nanti”….. Terima kasih mak sebab risaukan kak ira.

Sedih sangat bila kak ira ingat balik saat kak ira sakit mak Cuma suruh makan panadol, mak tak ada pon Tanya nak makan bubur ker, ayam golek ker, nak mintak mak urut ker, nak letak kain kat atas kepala ke. Sampai kak ira menangis sorang2 sebab mak tak sayang kak ira. Kawan2 kak ira yang lain dapat full pakage dari mak dieorang. Alangkah bestnya kalau mak buat macm tu…

Tapi kak ira taw, mak tak tunjukan yang mak caring depan kak ira, tapi mase malam tu mak ada pegang kepala kak ira, mak ambikan air masak untuk kak ira, mase tu kak ira buat2 tidur. Terharu sangat2. Kak ira taw mak sayang sangat kat kak ira kan, mak sayang sangat kat semua anak2 mak kn. Mak malu kn nak tunjuk.hehehe

Mak dah bagi segala-galanya untuk kebahagiaan kak ira. Makanan yang enak, pakaian yang lengkap semua mak dah taburkan untuk kesenangan kak ira, mak ajar kak ira hidup susah. mak ajar kak ira makan macam orang yang tak mampu nak beli makanan yang sedap2. Kak ira ingat lagi, mak Cuma mask sayur pucuk manis yang tanam kat sebelah rumah dengan ikan masin & lada biji jew…tapi mase tu selera sangat kak ira makan. Ada meja makn tapi lebih seronok dapat makan bersila kat bawah. Mak tak pernah ajar kami adik beradik hidup mewah. Walhal mak mampu bagi kemewahan pada kitaorang semua.

Pernah sekali mak Cuma sempat masak nasik je sebab terlalu sibuk kat tempat kerja, kak ira belajar lah masak telur goreng. Tu pon terpaksa kak ira naik atas bangku sebab rendah sangat time tu. Telur tu berminyak sangat sebab banyak sangat letak minyak mase menggoreng. Ada sekali tu hanguss, hancur. kelakar sungguh. Tapi tu lah pengalaman pertama kak ira masak.
 
kak ira masih ingat lagi, dulu kecil2 lagi mak dah biarkan kami masak. Masa tu kak ira masak untuk abah sekali. Bila kak ira tengok kat dapur, abah tak sentuh pon lauk tu, malah abah masak lauk lain sedih sangat. Ye la asik2 sayur bening dengan ikan goring, sape tak jemu kan..hehe kak ira pon belek lah majalah, tengok resipi2 lain yang senang2. Dari situ lah kak ira belajar masak. Mak tak pernah nak ajar kak ira masak, tapi mak akan suruh kak ira tolong mak masak kn sebab mak cakap kalau nak masak tak payah belajar, tengok jew orang masak nanti taw lah ape yang die letak. Time tu cerita cheff wan lah cerita favorite kak ira..hehe
 
Ada sekali tu kak ira try masak asam pedas, kak ira rase tak sedap langsong, pahit tak macam asam pedas mak masak pon. Tapi Mak tak pernah kutok lauk kak ira masak, mak akan makan jugak walaupon lauk tu tak sedap. Malah kak ira tengok mak berselera makan. kak ira taw mak saja je kan tak nak kak ira kecik ati. Kalau mak tak buat mcm tu mesti kak ira tak ada semangat nak masak lagi. Dari situ kak ira bertekad nak belajar masak sedap2 supaya mak akan bangga dengan kak ira. Sekarang kak ira dh pandai masak banyak lauk, tapi tak lah sesedap mak mask. Boleh lah kalau nak kawin pon..hehe terima kasih mak sebab ajar kak ira.

Kak ira ingat lagi dulu mase kecik2 mak garang sangat, mak suke marah2, mak suke pukul kak ira, sampai satu ketika kak ira berniat nak lari rumah, nak g duduk bawah jambatan, nak g rumah embah, nak g lapor kat TELI DERA yang macam dalam TV tu. Tapi mase dulu mane taw naik bas, paling hebat giler pon dapat naik basikal, pastu nak wat laporan pon tak taw nak lapor kat mana..hahaha

Mak pernah pukul kak ira guna batang ubi..sakitnya tu tuhan je yang taw, mak pernah pukul kak ira guna salur getah, sekali libas boleh bengkak kaki, guna kayu, hanger, dan segala yang mak tercapai nak pukul kak ira mase tu sume kak ira dah rase. Sakittt, pedih sangat, berbekas dikaki yang berkudis. Tapi bekasnya hanya tinggal kenangan jew.. (kaki aku sekarang dah bersih dari segala kudis2.hahaha)

Mak marah sangat kalau waktu magrib dilambat2kan. Time tu cerita doremon fames waktu magrib2, dah la balik senje2, balik umah terus ngadap TV. Dengan tak mandi tak solat. Marah la my mother..hehe kak ira malas nak solat or nganji jew mak membebel, mak marah, bingit rasenya telinga ni. Masa mengaji, kak ira ingat lagi habis basah Al-Quran tu dek air mate, bace pon tersekat2 kat kerongkong. Gembeng kalau orang jawe ckp. Salah bace sikit jew mak cubit, mak rotan. Kak ira rasa berdosa sangat sebab melawan cakap mak mase dulu2. Ampunkan lah dosa kak ira sebab pernah bercakap kasar sampai mak terguris hati. Mak menangis tapi kak ira tak Nampak.
Tapi itu semua kenangan terindah pernah kak ira alami. Kalau mak tak pukul time tu mesti kak ira tak sedar kesilapan kak ira. Kalau mak tak pukul time tu mesti kak ira tak reti solat, x reti mengaji. Syukurlah, mak dan pon tunaikan tanggungjawab mak mengajar agama pada kami semua. Mak pukul ada sebab kn, Kak ira taw dulu kak ira nakal sangat suka balik dah senja2, melawan orang tua cakap, pemalas, kalau tak disuruh tak dibuat, suka main parit. Mak dah sedarkan kak ira sekarang. Tak elok main senja2, banyak setan. Kalau main parit nanti lemas, kan banyak kaca dalam parit tu. Dalam kak ira tak taw mak lah orang paling penyabar mendidik kami semua.

TERIMA KASIH MAK

Mak dah ajar kak ira menjadi seorang manusia yang boleh membezakan baik dan buruk, betul dan salah. Mak dah bentuk kak ira supaya menjaga maruah diri dan keluarga, menghormati orang tua, pandai menguruskan diri, adik2 dan yang paling penting dapat selesaikan masalah tanpa menyusahkan orang lain. Kak ira ingat lagi mase tu kak ira nak mintak tanda tangan pengesahan dari ketua kampong, mak tak nak pon tolong mintakan, walau mase tu kak ira menangis air mata darah sekali pon mak tak heran. Kak ira benci giler dengan mak mase tu.. tapi baru kak ira terfikir, mak nak kak ira usaha sendiri kn, mak nak kak ira jadi orang yang berani, mak nak kak ira cari ikhtiar sendiri untuk kesenangan diri. Terima kasih mak. Sekarang kak ira dah jadi orang yang berani, dah jadi orang yang pandai usaha sendiri. Kak ira tak akan menyusahkan mak lagi.

Kak ira akan bahagiakan mak abah dan semua family. Kalau mak tak didik kak ira dengan cara macm tu mungkin sekarang kak ira jadik macam kawan2 yang tak betul. Yang hidupnya hanya bergantung pada keluarga, yang tak tahu membezakan baik dan buruk. Terima kasih mak. Halalkanlah dari air susu yang mak berikan semasa kak ira kecil sehingga makan minum yang mak berikan sehingga kak ira sihat dewasa kini. 


Lagu ini khas utuk Pn Jumidah bte Idris, seorang ibu yang Nampak garang diluar tetapi sangat prihatin dan penyayang didalam hatinya

IBU bergenang air mataku
terbayag wajamu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa.
Hidupmu kau korbankan
biar pun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu IBU
IBU Kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayang mu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan

IBU dengrlah rintihan hatiku untuk mu IBU

IBU Kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan IBU yang telah menlahirkan diriku
bagaikan kasih IBU sewaktu kecilku
Moga bahagia IBU didunia dan diakhirat sana
 


Motivasi diri sendiri:
Jagalah hati seorang ibu yang telah melahirkan kita, setitis air mata kerana perbuatan jahat kita adalah neraka bagi kita. sekejam2 perlakuan ibu kita tak berhak menghukumnya. Kerana kita dilahirkan untuk berbakti dan menyayagi ibu. Kelak bila kita sudah mempunyai anak, segala perlakuan kita yang buruk akan dibalas buruk juga oleh anak kita. Manakala perlakuan kita yang baik, soleh dan solehah akan dibalas setimpal. Marilah kita sama2 meminta maaf dan keampunan supaya dihalalkan stiap yang kita ambil darinya sebelum ibu pergi dari hidup kita.sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu…

…………………………………………end……………………………………


Pada bulan MEI 2011 ini, banyak tarikh2 penting yang berlaku.

Anniversary my parents yang ke 26tahun,
Mother Day (HAPPY MOTHER DAY PN JUMIDAH BTE IDRIS),
Nurses day (HAPPY NURSES DAY PN JUMIDAH BTE IDRIS & ME),
Birthday my father (HAPPY BIRTHDAY EN SAHLAN BIN JALIL),
Teacher day (SELAMT HARI GURU CIKGU NOR AMILA YANTI).

My siblings mimi, am, ica, udin pon buat lah party kecil2lan. Kek sebijik dengan dinner..ahaks.. Tapi yang sedihnya aku tak ada time tu. aku just dapat PICTURE MMS from my mother je..sob3x…

Miss my family damn much!! Tak sabar nak tunggu 28 mei ni..