JOM JOIN BLOG SAYE!!

24 May 2011

Dia bertahta dihati

 i love you mom clipart. I love you mom!



Post at FACEBOOK yang merepek.
Hurmm..bencinya..Kenapa setiap tarikh kat calendar mesti nak dikaitkan dengan sesuatu bangsa. Contohnya hari ibu, dikaitan dengan orang kristian yang mengabdikan tarikh tersebut sempena sesuatu… dan ada orang cakap kalau kita orang islam merayakannya kita berdosa?? Kenapa ekk?? mestikah disambut pada bulan mei?? Bulan2 lain kenapa tak ada yang sambut??


Semua itu kehendak diri sendiri. Tiada kaitan langsong dengan tarikh kat kalender or tarikh2 yang berkaitan denggannye. Semua orang sayang ibu masing2, tak akan ada orang yang tak sayang mak die. Cuma, kadang2 hidup terlalu sibuk membuatkan diri alpa. contohnya hari ibu, kat TV, Majalah, Surat khabar semua de promosi, tak kan kita sebagai anak tak terfikir nak bagi something kat mak kita, especially wishes. Bukan sebab apa, sebab mak kita pon nak jugak rasa ada orang wish die time tu. Jeles la kalau anak orng lain wish mother day, celebrate segala, tapi kita sebagai anak dye do nothings pulak. kecik ati mereka. Kadang2 mak2 kita pon tak sedar tarikh lahir dye sebab terlalu buzy. betol tak mak2 sekalian.. hehee
.............................................................................................

So disini aku nak luahkan something kat orang yang paling bermakna dalam hidupku, tanpa dia tiadalah aku didunia ini…


Mak….
Mak… kak ira nak ucapkan selamat hari ibu kat mak, kak ira bangga sebab dapat seorang ibu yang sangat prihatin dan kasih terhadap kak ira dan adik2 yang lain. Walaupon mak tak pernah ucapkan mak sayang kak ira, tapi kak ira dapat rasa sendiri pengorbanan yang mak curahkan. Tak mampu rasanya kak ira nak balas.


Mak bagi kak ira pelajaran kat sekolah yang bagus, mak bagi kak ira tempat tinggal yang selesa, pakaian yang cantik2, makanan yang sedap dan hampir semua kemahuan kak ira mak cuba laksanakan.

Mak tak pernah marah kalau kak ira dapat nom corot nom paling besar kat sekolah, pencapaian kak ira tak bagus kat sekolah pon mak tak pernah nak bising. Mak tetap ambik buku laporan kak ira kat sekolah setiap tahun. Kak ira taw mak sibuk kat tempat kerja,mak datang lambat, tak pe lah walaupon kak ira sorang je pelajar yang tinggal, yang penting mak ambik buku laporan tu.

Mak tak pernah marah kalau kak ira malas nak belajar, kak ira tak buat kerja sekolah, kak ira bercinta kat sekolah, tido dalam kelas ker, mak tak pernah marah.Tapi mak akan marah kalau kak ira malas nak bagun pagi nak pergi sekolah, mak marah kalau kak ira buat masalah disiplin kat sekolah & mak marah giler kalau kak ira ponteng sekolah kn. Kak ira taw, jauh disudut hati mak, mak nak kak ira sedar sendiri, kalau tanpa ilmu didada kita tak akan dapat kemana2. Mak nak kak ira berjaya jadi seorang manusia yang berguna kn.

Lepas SPM, kak ira tak dapat pon university mana2, kak ira taw mak kecewa kan dengan keputusan peperiksaan kak ira. Tapi mak tak pernah nak banding2kan dengan kak mimi, am, ica or udin. Mak ikutkan je dengan keputusan kak ira nak sambong study kat kolej swasta yang mahal tu. Mak tak pernah berkira pasal yuran or perbelanjaan disana. Yang mak pentingkan kak ira nak belajar lagi kan. Lepas tu kak ira dapat tawaran jururawat under GOV, mak paksa suruh kak ira terima tawaran tu. Mak suruh kak ira tinggalkan kolej, mak sanggup bayar balik yuran kolej tu semata2 nak suruh kak ira terima tawaran tu. Mak pernah cakap: “mak tak risau pon berhabis duet beribu2 yang pnting kak ira dapat kerja tetap lepas belajar. Mak risau kalau kak ira susah nanti”….. Terima kasih mak sebab risaukan kak ira.

Sedih sangat bila kak ira ingat balik saat kak ira sakit mak Cuma suruh makan panadol, mak tak ada pon Tanya nak makan bubur ker, ayam golek ker, nak mintak mak urut ker, nak letak kain kat atas kepala ke. Sampai kak ira menangis sorang2 sebab mak tak sayang kak ira. Kawan2 kak ira yang lain dapat full pakage dari mak dieorang. Alangkah bestnya kalau mak buat macm tu…

Tapi kak ira taw, mak tak tunjukan yang mak caring depan kak ira, tapi mase malam tu mak ada pegang kepala kak ira, mak ambikan air masak untuk kak ira, mase tu kak ira buat2 tidur. Terharu sangat2. Kak ira taw mak sayang sangat kat kak ira kan, mak sayang sangat kat semua anak2 mak kn. Mak malu kn nak tunjuk.hehehe

Mak dah bagi segala-galanya untuk kebahagiaan kak ira. Makanan yang enak, pakaian yang lengkap semua mak dah taburkan untuk kesenangan kak ira, mak ajar kak ira hidup susah. mak ajar kak ira makan macam orang yang tak mampu nak beli makanan yang sedap2. Kak ira ingat lagi, mak Cuma mask sayur pucuk manis yang tanam kat sebelah rumah dengan ikan masin & lada biji jew…tapi mase tu selera sangat kak ira makan. Ada meja makn tapi lebih seronok dapat makan bersila kat bawah. Mak tak pernah ajar kami adik beradik hidup mewah. Walhal mak mampu bagi kemewahan pada kitaorang semua.

Pernah sekali mak Cuma sempat masak nasik je sebab terlalu sibuk kat tempat kerja, kak ira belajar lah masak telur goreng. Tu pon terpaksa kak ira naik atas bangku sebab rendah sangat time tu. Telur tu berminyak sangat sebab banyak sangat letak minyak mase menggoreng. Ada sekali tu hanguss, hancur. kelakar sungguh. Tapi tu lah pengalaman pertama kak ira masak.
 
kak ira masih ingat lagi, dulu kecil2 lagi mak dah biarkan kami masak. Masa tu kak ira masak untuk abah sekali. Bila kak ira tengok kat dapur, abah tak sentuh pon lauk tu, malah abah masak lauk lain sedih sangat. Ye la asik2 sayur bening dengan ikan goring, sape tak jemu kan..hehe kak ira pon belek lah majalah, tengok resipi2 lain yang senang2. Dari situ lah kak ira belajar masak. Mak tak pernah nak ajar kak ira masak, tapi mak akan suruh kak ira tolong mak masak kn sebab mak cakap kalau nak masak tak payah belajar, tengok jew orang masak nanti taw lah ape yang die letak. Time tu cerita cheff wan lah cerita favorite kak ira..hehe
 
Ada sekali tu kak ira try masak asam pedas, kak ira rase tak sedap langsong, pahit tak macam asam pedas mak masak pon. Tapi Mak tak pernah kutok lauk kak ira masak, mak akan makan jugak walaupon lauk tu tak sedap. Malah kak ira tengok mak berselera makan. kak ira taw mak saja je kan tak nak kak ira kecik ati. Kalau mak tak buat mcm tu mesti kak ira tak ada semangat nak masak lagi. Dari situ kak ira bertekad nak belajar masak sedap2 supaya mak akan bangga dengan kak ira. Sekarang kak ira dh pandai masak banyak lauk, tapi tak lah sesedap mak mask. Boleh lah kalau nak kawin pon..hehe terima kasih mak sebab ajar kak ira.

Kak ira ingat lagi dulu mase kecik2 mak garang sangat, mak suke marah2, mak suke pukul kak ira, sampai satu ketika kak ira berniat nak lari rumah, nak g duduk bawah jambatan, nak g rumah embah, nak g lapor kat TELI DERA yang macam dalam TV tu. Tapi mase dulu mane taw naik bas, paling hebat giler pon dapat naik basikal, pastu nak wat laporan pon tak taw nak lapor kat mana..hahaha

Mak pernah pukul kak ira guna batang ubi..sakitnya tu tuhan je yang taw, mak pernah pukul kak ira guna salur getah, sekali libas boleh bengkak kaki, guna kayu, hanger, dan segala yang mak tercapai nak pukul kak ira mase tu sume kak ira dah rase. Sakittt, pedih sangat, berbekas dikaki yang berkudis. Tapi bekasnya hanya tinggal kenangan jew.. (kaki aku sekarang dah bersih dari segala kudis2.hahaha)

Mak marah sangat kalau waktu magrib dilambat2kan. Time tu cerita doremon fames waktu magrib2, dah la balik senje2, balik umah terus ngadap TV. Dengan tak mandi tak solat. Marah la my mother..hehe kak ira malas nak solat or nganji jew mak membebel, mak marah, bingit rasenya telinga ni. Masa mengaji, kak ira ingat lagi habis basah Al-Quran tu dek air mate, bace pon tersekat2 kat kerongkong. Gembeng kalau orang jawe ckp. Salah bace sikit jew mak cubit, mak rotan. Kak ira rasa berdosa sangat sebab melawan cakap mak mase dulu2. Ampunkan lah dosa kak ira sebab pernah bercakap kasar sampai mak terguris hati. Mak menangis tapi kak ira tak Nampak.
Tapi itu semua kenangan terindah pernah kak ira alami. Kalau mak tak pukul time tu mesti kak ira tak sedar kesilapan kak ira. Kalau mak tak pukul time tu mesti kak ira tak reti solat, x reti mengaji. Syukurlah, mak dan pon tunaikan tanggungjawab mak mengajar agama pada kami semua. Mak pukul ada sebab kn, Kak ira taw dulu kak ira nakal sangat suka balik dah senja2, melawan orang tua cakap, pemalas, kalau tak disuruh tak dibuat, suka main parit. Mak dah sedarkan kak ira sekarang. Tak elok main senja2, banyak setan. Kalau main parit nanti lemas, kan banyak kaca dalam parit tu. Dalam kak ira tak taw mak lah orang paling penyabar mendidik kami semua.

TERIMA KASIH MAK

Mak dah ajar kak ira menjadi seorang manusia yang boleh membezakan baik dan buruk, betul dan salah. Mak dah bentuk kak ira supaya menjaga maruah diri dan keluarga, menghormati orang tua, pandai menguruskan diri, adik2 dan yang paling penting dapat selesaikan masalah tanpa menyusahkan orang lain. Kak ira ingat lagi mase tu kak ira nak mintak tanda tangan pengesahan dari ketua kampong, mak tak nak pon tolong mintakan, walau mase tu kak ira menangis air mata darah sekali pon mak tak heran. Kak ira benci giler dengan mak mase tu.. tapi baru kak ira terfikir, mak nak kak ira usaha sendiri kn, mak nak kak ira jadi orang yang berani, mak nak kak ira cari ikhtiar sendiri untuk kesenangan diri. Terima kasih mak. Sekarang kak ira dah jadi orang yang berani, dah jadi orang yang pandai usaha sendiri. Kak ira tak akan menyusahkan mak lagi.

Kak ira akan bahagiakan mak abah dan semua family. Kalau mak tak didik kak ira dengan cara macm tu mungkin sekarang kak ira jadik macam kawan2 yang tak betul. Yang hidupnya hanya bergantung pada keluarga, yang tak tahu membezakan baik dan buruk. Terima kasih mak. Halalkanlah dari air susu yang mak berikan semasa kak ira kecil sehingga makan minum yang mak berikan sehingga kak ira sihat dewasa kini. 


Lagu ini khas utuk Pn Jumidah bte Idris, seorang ibu yang Nampak garang diluar tetapi sangat prihatin dan penyayang didalam hatinya

IBU bergenang air mataku
terbayag wajamu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa.
Hidupmu kau korbankan
biar pun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu IBU
IBU Kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayang mu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan

IBU dengrlah rintihan hatiku untuk mu IBU

IBU Kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan IBU yang telah menlahirkan diriku
bagaikan kasih IBU sewaktu kecilku
Moga bahagia IBU didunia dan diakhirat sana
 


Motivasi diri sendiri:
Jagalah hati seorang ibu yang telah melahirkan kita, setitis air mata kerana perbuatan jahat kita adalah neraka bagi kita. sekejam2 perlakuan ibu kita tak berhak menghukumnya. Kerana kita dilahirkan untuk berbakti dan menyayagi ibu. Kelak bila kita sudah mempunyai anak, segala perlakuan kita yang buruk akan dibalas buruk juga oleh anak kita. Manakala perlakuan kita yang baik, soleh dan solehah akan dibalas setimpal. Marilah kita sama2 meminta maaf dan keampunan supaya dihalalkan stiap yang kita ambil darinya sebelum ibu pergi dari hidup kita.sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu…

…………………………………………end……………………………………


Pada bulan MEI 2011 ini, banyak tarikh2 penting yang berlaku.

Anniversary my parents yang ke 26tahun,
Mother Day (HAPPY MOTHER DAY PN JUMIDAH BTE IDRIS),
Nurses day (HAPPY NURSES DAY PN JUMIDAH BTE IDRIS & ME),
Birthday my father (HAPPY BIRTHDAY EN SAHLAN BIN JALIL),
Teacher day (SELAMT HARI GURU CIKGU NOR AMILA YANTI).

My siblings mimi, am, ica, udin pon buat lah party kecil2lan. Kek sebijik dengan dinner..ahaks.. Tapi yang sedihnya aku tak ada time tu. aku just dapat PICTURE MMS from my mother je..sob3x…

Miss my family damn much!! Tak sabar nak tunggu 28 mei ni..













2 comments:

  1. salam.. cik shamira, saya Nurul Ihsan..sdg menuntut bhgn perubatan di Mesir. sebenarnya saya terjumpa blog akak bila saya google pasal hospital semporna, sabah. and dapat tahu akak pernah posting di situ as a nurse kan? so, saya ada merancang untuk memilih hosp semporna to do my HO nnt. jadi, nak tnya pendapat akak or experience yg akak pnah dapat waktu kat hosp semporna boleh? teruk x doctor2 yg wat HO kat situ? and about the condition there? hope sgt akak dapt cerita serba sedikit. klu nk email kat saya pun boleh at ningurlz_15@yahoo.com
    thanks akak.

    ReplyDelete

thanks my dear friends~~~