Comel kn arnab ni. Nk pelok nk pelok nk pelok..heee
Awal tahun haritu aku balik kampong sempena wedding my sis. Complete ahli keluarga time tu.. Bahagianya..
Nak dipendekkan cerite, adik aku am nak beli arnab, aku pon excited lah nak sponser arnab.. Aku kan berjiwa penyayang..hee
Amlah orang yang paling excited nk bele, die search la arnab yang bulunye lebat2, then jumpa la kt mudah.com, ada satu kedai pet dekat area cowboi kulai tu jual arnab. Tapi mahal giler harge die, seekor RM150.. Boleh aku buat shopping. Heee
Disebabkan harga die mahal, aku pon bagi la alasan arnab tu besar (nak cover line), then kiteorang carik la kedai lain area jb. Silap time pulak nak mencari arnab, coz time tu raye cine daa.. Kedai banyak closed..
Dipendekan cerite, kiteorang takjadi beli arnab.. Kesian am yang dh excited nk bele.. Die pon dah balik kampus, udin kt kampong pulak tak nak tolong jage...
Takpe la am, nanti kau cuti sem lagi aku blanje.. Huhuhu
JOM JOIN BLOG SAYE!!
07 March 2014
02 March 2014
Senario 1 (Aku seorang nurse)
Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun, disahkan
mengalami severe malnutrition, budak itu adalah adik kepada dua orang abangnya
yang pernah dimasukan ke wad pediatrik disebabkan masalah severe malnutrition
5tahun yang lalu. Dari bayi budak tu tak pernah diberi susu dan makan pon
bercatu. Bapa tiada kad pengenalan, bekerja sebagai tukang kebun, kadang kala
kerja kontrak, ibu tiada kad pengenalan, suri rumah tangga. Tiada surat nikah,
anak ada 11 orang dan jarak umur mereka sangat dekat, kesemuanya tiada surat
lahir. Kesemua anak-anaknya mengalami malnutrition dan tidak bersekolah.
hiasan semata-mata |
Letakan diri korang sebagai
seorang nurse yang telah mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perancang
keluarga dan masalah pemakanan. Korang rasa nasihat apa yang korang nak bagi? Apakah
perasaan korang bila mengetahui situasi ini?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Aku seorang nurse yang garang bertempat, aku nak
mintak maaf sangat kepada ibu tersebut sekiranya aku marah kau sampai menguris
hati.
Aku bukan bermaksud nak marah kau, aku paham
situasi ekonomi kau yang tidak menentu sehingga semua anak –anak kau kurang
nutrisi dan kurus sehingga sakit. Kedaifan kau bukanlah penyebab utama
anak-anak kau kurang mendapat nutrisi dan sakit. Itu semua adalah kesilapan kau
dan suami kau.
Persoalannya, kenapa kau tak merancang keluarga?
Sebab kau mengandung pon tak pernah berklinik kan? Kenapa kau tak berkelinik? Sebab
kau tak ada duit kan? Kenapa kau tak ada duit tapi kau nak beranak
banyak-banyak dan end up dengan ank yang sakit, masuk hospital, then bil
hospital kau tak mampu bayar disebabkan anak kau tiada dokumen? Kenapa kau
membiarkan anak-anak kau kelaparan? Kenapa kau beri anak kau makanan yang
kotor? Apakah jaminan masa depan yang akan kau berikan kepada anak-anak kau
sekiranay mereka tidak sekolah? Apakah inisiatif kau untuk membesarkan mereka?
Arghhhh… kalau aku kaya!!!
Sedih sangat bila aku melihat kanak-kanak yang
tidak berdosa sakit kerana kurang makan makanan yang sihat. Ya allah bantulah
kanak-kanak tersebut menjalani hidupnya.
Aku dah mintak maaf pada ibu tersebut, dia dah
boleh terima nasihat aku. tapi jawapan yang paling aku tak suka “entah lah
bapaknya… bapaknya lah….” Semua bapaknya…jadi apa fungsi kau? Adeyhh… kesabaran
melayan karenah orang..
hope youolls paham kerjaya aku~~~ sedikit
sentap..
Nurse bukan manusia ke?
Ramai orang nak komplen kerja
nurse tak bagus lah, nurse jahat lah, nurse lalai lah, nurse itu, nurse ini. Aku
dengar pon stress.
kerjaya nurse ini bukan mudah
beb, berhadapan dengan orang awam yang tak akan rasa puas dengan layanan yang
diberikan. Kita tak senyum pon dieorang komplen. Korang rase??
Pengalaman aku kerja diwad pediatric
hospital besar sangat mencabar. Hospital besar maksudnya hospital pakar yang
akan menerima beratus-ratus pesakit dalam satu hari. Imagine that?
Pekara yang paling aku benci
ialah bunyi bising, sebab tahap kemarahan aku akan memuncak bila keadaan
bising. Tapi sejak aku kerja di wad pediatric ni aku kena tahan bunyi tangisan
kanak-kanak yang berpuluh-puluh orang, nak kena sabar dengan kemanjaan
budak-budak. Nak kena tahan dengan bau hancing. Korang rase korang boleh handle
tak?
Kedua aku kena tahan dengan kutukan
relative pesakit, ada yang kata nurse ni garang lah, nurse ini tak senyum lah,
dan ada juga yang cuba nak mengorat aku. hmm.. sabar je lah. Sebagai seorang
nurse, aku sangat professional disamping beringat aku sudah bertunang..hehe
Pekara paling menjengkelkan aku
ialah “taik pon nak ditimbang ke nurse?” nak je aku sound balik, ingat aku suke
sangat nak timbang pampers orang?? Pekara macam tu pon boleh membuatkan aku
stress ok. Nama pon kanak-kanak/bayi, dieorang bukan reti kencing kat tandas
sendiri, kalau ditanya pon bukan taw menjawab. Nak mengira jumlah dieorang minum
dan kencing setiap hari pon aku rase sangat rumit.
So..Tak baik la korang nak cakap
nurse semua jahat, tak boleh pakai. Ka
mi telah didik oleh pengajar-pengajar
yang sangat professional. Jagan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan
disebabkan silap seorang nurse, semua nurse dipersalahkan. Kadang-kadang orang
tak taw, nurse juga manusia, ada rasa letih, rasa marah, rasa meluat,
segala-gala perasa ada..hehehe
Letakan diri korang di dalam
diri seorang nurse sebelum korang nak complen macam-macam. I’m tired of all
this lah…
Subscribe to:
Posts (Atom)