Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun, disahkan
mengalami severe malnutrition, budak itu adalah adik kepada dua orang abangnya
yang pernah dimasukan ke wad pediatrik disebabkan masalah severe malnutrition
5tahun yang lalu. Dari bayi budak tu tak pernah diberi susu dan makan pon
bercatu. Bapa tiada kad pengenalan, bekerja sebagai tukang kebun, kadang kala
kerja kontrak, ibu tiada kad pengenalan, suri rumah tangga. Tiada surat nikah,
anak ada 11 orang dan jarak umur mereka sangat dekat, kesemuanya tiada surat
lahir. Kesemua anak-anaknya mengalami malnutrition dan tidak bersekolah.
hiasan semata-mata |
Letakan diri korang sebagai
seorang nurse yang telah mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perancang
keluarga dan masalah pemakanan. Korang rasa nasihat apa yang korang nak bagi? Apakah
perasaan korang bila mengetahui situasi ini?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Aku seorang nurse yang garang bertempat, aku nak
mintak maaf sangat kepada ibu tersebut sekiranya aku marah kau sampai menguris
hati.
Aku bukan bermaksud nak marah kau, aku paham
situasi ekonomi kau yang tidak menentu sehingga semua anak –anak kau kurang
nutrisi dan kurus sehingga sakit. Kedaifan kau bukanlah penyebab utama
anak-anak kau kurang mendapat nutrisi dan sakit. Itu semua adalah kesilapan kau
dan suami kau.
Persoalannya, kenapa kau tak merancang keluarga?
Sebab kau mengandung pon tak pernah berklinik kan? Kenapa kau tak berkelinik? Sebab
kau tak ada duit kan? Kenapa kau tak ada duit tapi kau nak beranak
banyak-banyak dan end up dengan ank yang sakit, masuk hospital, then bil
hospital kau tak mampu bayar disebabkan anak kau tiada dokumen? Kenapa kau
membiarkan anak-anak kau kelaparan? Kenapa kau beri anak kau makanan yang
kotor? Apakah jaminan masa depan yang akan kau berikan kepada anak-anak kau
sekiranay mereka tidak sekolah? Apakah inisiatif kau untuk membesarkan mereka?
Arghhhh… kalau aku kaya!!!
Sedih sangat bila aku melihat kanak-kanak yang
tidak berdosa sakit kerana kurang makan makanan yang sihat. Ya allah bantulah
kanak-kanak tersebut menjalani hidupnya.
Aku dah mintak maaf pada ibu tersebut, dia dah
boleh terima nasihat aku. tapi jawapan yang paling aku tak suka “entah lah
bapaknya… bapaknya lah….” Semua bapaknya…jadi apa fungsi kau? Adeyhh… kesabaran
melayan karenah orang..
hope youolls paham kerjaya aku~~~ sedikit
sentap..
No comments:
Post a Comment
thanks my dear friends~~~