JOM JOIN BLOG SAYE!!

10 November 2014

Medical Camp Kg.Inarad, Tongod Part 1

Keterujaan memuncak harini sebab aku dapat menaip blog setelah aku merasekan masa tidur aku terlalu panjang..kikiki

Harini aku nak story pasal medical camp kemarin, bukan camp fire or camping yang ada unggun api tengah-tengah khemah tu okey.. hehe

Medical camp ni lebih kepada memberikan perkhidmatan kesihatan pada penduduk diluar kawasan yang jauh dari kemudahan klinik dan hospital. Cewah, panjang pulak maksudnye kn..heee


Tahun ni dah dua kali pihak hospital buat medical camp, 1st di kampong karamouk, dan yang last ni di kampong Inarad, tongod. Program ini anjuran pihak mahkamah kota kinabalu dengan pihak jabatan pendaftaran negeri sabah, dieorang jemput pihak hospital untuk memeriahkan program la kununnya. Sambil buat kad pengenalan/surat beranak, dieorang boleh jumpa doctor & dapat ubat. Macam kopi 3 in 1 la nih..hihi
Tikar, baldi,air tu penting kalau nak pergi mana-mana..eh, kipas tangan penting juga okey..hee

Kalau nak cerita macam mana aku boleh join benda ni memang panjang entri aku kali ni, tapi dipendekan cerita, setelah air mata gadis aku keluar, sister wad aku pon bagi kebenaran, so sad kan, orang nak mengaktifkan diri pon tak diberi galakan, kalau bab-bab dinner, party, boleh pulak die memakse suruh pergi.no no no

Inilah kereta idaman aku, land cruiser, tak dapat beli dapat naik pon bole lah..hehe
Aturcara program hari pertama (7.11.14), bertolak jam 8.30pagi terus konvoi sampai petronas batu 32 jam 10.00am. Bak kata abang-abang driver “kita isi kantungan dulu”..heehe

Jam 12.30pm kiteorang dah sampai kat pekan telupid, disebabkan abang-abang fourwheel car nih bawak kereta 80km/h (konvoi katakan), lambat lah sampai ke telupid. (kalau aku bawa compom lagi cepat sampai..kikiki) Masa ditelupid kiteorang rest, makan lunch then gerak semula jam 1.30pm.

Dalam aturcara majlis, kiteorang dijangkakan sampai ke kampung tu jam 3.00pm, tapi jam 7.30pm baru kiteorang sampai. So aktiviti ceramah, sesi ramah mesra dengan penduduk kampong & sukaneka tak dapat dijalankan. Semua dah penat katakan.

Sampai je kampong inarad tu bende 1st aku nak jumpa TANDAS. Tak boleh tahan kot dari jam 10.00am tangki aku penuh, nasib baik aku tahan kehausan dengan tidur je. Untuk para-para jejaka senang je diorang nak kencing. Aku ni tak reti nak kencing kat semak, kot-kot ular dah aim je dari jaoh, naiya kot..kikiki

Kemeriahan sangat aku rasai, cewahh, 39 buah kereta 4x4 dari hospital, + beberapa buah lagi kereta 4x4 dari pihak mahkamah kk dan dari pihak JPN berkumpul di sekolah kebangsaan inarad. Kepenatan yang terlampau menyebabkan aku tak sempat nak ngorat sorang due kat sane.hahaa...gedikxx
Ini lah asrama yang best giler tu..hehe

Aktiviti hari pertama lepas makan aku tidur, tempat tidur kiteorang tersangatlah best, dalam bangunan asrama yang baru 1st time dibuka. Kiteorang la orang 1st yang rasmikan bangunan tu, bangge sehh.

Best tempat je la, perabot takde, lampu takde, kipas lagi lah takde, nak charge phone pulak kena pergi bangunan sekolah. so dalam mase 3 hari aku boleh save battry phone. (tak ade orang nak call katekan).

inilah tempat tdur kami... osemm kan kan kan
keselesaan pada skor 3/10, simen berdebu putih kot, naseb beik aku bawak tikar. Sleeping bed yang nipis tu pon tak mampu membuatkan tidur aku lena…hmmm sabo je laa. Tidur sambal berkipas-kipas, nasib baik ada orang tolong pasangkan mentol kuning satu kat bilik asrama tu, tak de la gelap gulita.

sebahagian kereta konvoi.. diorang relek je tidur kat situ...
Mandi??

Kau hengat ade air ke? Actually air ada, tapi laju lagi kot kencing aku yang aku tahan dari jam 10.00am td hahaa. Tandas ada 8, yang nak guna 200++ orang, redha je la sape yang tido sebelah aku tu..kikiki

Ini lah geng baru aku, HO, sorry la kalau aku panggil korang nama je, kat hospital baru aku panggil formal ya..hehehe

kita bergambar dulu dipetronas batu 32..
peace...
seronok kalau dapat kereta macam ni sebijik, pastu drive tempat yang extreme..osemmmmnyeee
Satu kereta terkubur ditepi jalan.. tanah licin lepas hujan memang sangat bahaya.. 
Bilalah agaknya nak ber'tar' jalan ni...sakit pingang ooo


Tu baru hari pertama.. next day punya program entri lain plak lah…