JOM JOIN BLOG SAYE!!

18 December 2014

Akhirnya aku pindah!

2 april 2012 – 22 disember 2014

Aapril 2012 permulaan episod baru dalam hidup aku iaitu nikmat pegang duit hasil dari titik peluh sendiri. aku ditugaskan di wad pediatrik Hospital Duchess of Kent sandakan. disitu bermulalah perkenalan aku dengan pelbagai jenis masyarakat yang berbilang bangsa, budaya, bahasa. aku kagum sebab aku dikelilingi dengan banyak bahasa, tapi aku kecewa sebaba aku tak pernah nak cuba menguasai salah satu bahasa disini. sangat merugikan.


Disember 2014, Minggu ni adalah minggu terakhir aku di Hospital Duchess of kent Sandakan. Minggu terakhir juga aku berada di Sabah. Sedih sangat nak tinggalakn tempat yang aku duduk dari student hingga kerja nih, hampir lima tahun berada di sabah aku rasa dah sebati dengan environment di sini.arghhh aku tak nak pindah…


Impian aku belom lagi tercapai, aku belom dapat APC (anugerah perkhidmatan cemerlang) lagi di sini..hmm nampaknya lama lagi lah aku akan merasai APC, back to be junior again.


Macamanakah environment di semenanjung?? aku takot, seram perasaan yang bercampur aduk.. ya Allah swt, berilah aku kekuatan dalam menghadapi situasi ini. Hope aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan di semenanjung nanti. Aminn….


thanks kepada mentor aku kak norlidah sebab banyak mengajar aku semasa aku masih zero. thanks jugak kepada senior yang lain kerana bagi nasihat. kepada pakcik ibrahim and the gang, thanks sesangat kerana mengambil dan menghatar aku pergi kerja selama aku berada di sandakan ini...jasa kalian semua tidak dapat aku lupakan.


semoga kita bertemu lagi kawan -kawan semua... 


Happy Anniversary My Fiance

Happy anniversary sayang!!


15.12.2014, Harini genaplah 2tahun pertunangan kami, ermm dah dua tahun pulak aku menjadi tunangan die, macam baru semalam je aku kenal die.

16.12.2014 pulak birthday aku..hehe seronok je bila dapat sambut anniversary dengan birthday serentak. Tapi tahun ni agak hambar lah, maybe ade orang yang tak pandai nak menghargai aku kot.. deep sangat, mohon terase ya.

Selama dua tahun ini jugaklah banyak sangat kenangan manis dan pahit. Salah satunya kenangan bila bergaduh, merajuk. Paling aku tak suka perasaan merajuk tu. merajuk mintak dipujuk,mintak diberi perhatian, biasa lah bah perempuan manja kunun, tapi tiada pon orang nak pujok.. sedey toll..

Sedangkan yang berkahwin pon boleh bercerai berai inikan pulak baru bercinta. Bergaduh, berselilih pendapat, putus konon-konon, kalau aku kira dengan jari pon tak cukop. Sangat banyak dugaan masa bercinta, hope dah kawin nanti aku boleh sabar sikit lah dengan sikap dia.


Nak kata aku keras kepala ya juga, nak kata aku je nak menang pon ya juga, nak kata aku degil pon ya juga. Shamira ooo shamira, harap-harap anak ko tak ikot perangai ko ni, pening aku nak layan nanti.hihi

Thanks abang sebab banyak bersabar dengan sikap sayang yang degil, keras kepala sesangat nih. Sayang harap abang boleh guide sayang menjadi isteri solehah dambaan abang, cewahhh. Sayang jugak harap abang dapat paham apa kehendak dan keingginan sayang, sebab sayang selalu harap abang paham hint yang sayang bagi.hehee

Tahun ini tahun terakhir aku menjadi single, Insyallah…. Tahun depan dapat lah aku sambut birthday dengan encik somi. Tahun ini aku harap sangat dapat celebrate birthday & anniversary dengan meriah dan bahagia dengan dia, tapi dia tak paham. Kiteorang gaduh sebab aku tak puas hati die tak sambut birthday aku betul-betul. Wish , semua orang boleh wish kan, dia kan bakal somi aku, takkan lah kedekot sangat nak beli surprise flower untuk aku ke, kek untuk aku ker, apa yang aku dambakan tak dapat sebab tu lah aku marah,kecewa, kecik ati. tapi die tak paham pon.. lelaki tak akan paham jiwa dan keinginan wanita. Ade ke die suruh aku bagi taw kenapa aku marah, sepatutnya dia tahu lah bah apa yang patut die buat, aku ni kan bakal wife die.

Pasal bende kecik pon kiteorang boleh gaduh, kalau hal besar mungkin berbunuhan kot..kikiki, jokes

Lastly aku nak cakap kat seluruh dunia yang aku sayang aizul azmeer sesangat. Abang lah bakal imam sayang nanti, please guide me to syurga Allah swt..aminn…

Medical Camp kg.Inarad, Tongod Part 2

8.11.14, hari kedua program. Hari ini aku ditugaskan untuk memeriksa kutu dan pemberian ubat cacing untuk kanak-kanak yang datang. Ade ke budak-budak yang datang surrender untuk makan ubat??





Meh aku cerite serba sedikit pasal program ni. Ada 9 bahagian, 1st pendaftaran, 2nd pemeiksaan tekanan darah dengan pemeriksaan DXT/ gula dalam darah. 3rd pemeriksaan doctor, 4th pemeriksaan kutu dan pemberian ubat cacing (part aku and the gang tu), 5th farmasi,  6th rombengan/ agihan pakaian terpakai dan makanan, 7th pameran dan ceramah dari ribbon team, 8th pemeriksaan gigi, 9th pemeriksaan mata.







Lepas je kiteorang bukak “kedai” ramai orang kampong datang serbu, macam dah aim dari jaoh la pulak kan..kikiki keaadaan hingar bingar dan buzy seketika.
Aku and the gang pulak terpakse cari “customer” sebab mata dieorang dah tak Nampak sign board (pemeriksaan kutu dan pemberian ubat cacing) dah, yang diorang nampak rombengan je. Next time aku nak letak “air cola percuma” selepas membuat pemeriksaan lah, baru laku ‘kedai’ kiteorang..heee







Pagi tu juga ada dua buah helicopter mendarat,Aku teruja lah Nampak helicopter depan mate, nak naik je tak sempat. Kalau aku kaya!

siapakah gerangan yang menaiki heli itu?? tertanta-tanya seketika.Ahli parlimen kinabatangn yang datang rupanya,siapa tak kenal YB Datuk Bung Moktar bin Radin, ahli parlimen yang kawin dengan artis gebuss gituu. Sempat lagi dia datang beramah mesra dengan kiteorang.









Lupa nak cerita mase part one, masa kiteorang on the way nak pergi kampong inarad, ada beberapa kereta fourwheel siap dengan escort polis lagi, vvip la kot. Co driver kereta yang aku naik tu kerja kat mahkamah, die bagitaw yang hakim besar Sabah & Sarawak YAA Tan Sri Datuk Sri Panglima Richard Malanjum pon datang. Itu baru lah berjiwa rakyat, merasai kesusahan rakyat nak keluar dari kampong, dengan jalan 'grable', licin, berbatu batu jauhnya. Tumbss up.

Program di bahagian mahkamah dan JPN berlangsung di bahagian bangunan bilik darjah yang serba serbi lengkap, kipas, lampu, kiteorang je yang pakai angin ‘original’. Tapi takpa lah, yang penting kerja enjoy sebab kebanyakan penduduk kampong sihat walafiat, tiada kes jangkitan cacing, wabak dan penyakit yang serius. Tahniah aku ucapkan sebab youolls sangat osemmm..

Program pada tengah hari ialah majlis penutupan program mahkamah dan JPN. Suku kaum di sabah tak akan lengkap kalau tak berpakaian etnik. Yang ni paling best sebab ada acara tari menari bersama.. seronok bak hang, tan sri, yb pon sporting.
Lepas makan tengah hari, aku curik tulang jap baring-aring kat asrama sambal berkipas-kipas. Dalam hati “kan best kalau dapat aircond dengan ais..yummmm..”

Aturcara program pada petang hari, melawat kampong bersama pengarah hospital.
Aku berkobar-kobar nak melawat kampong orang, tapi bila aku Nampak perjalanan yang berbukit bukit then tanah merah, jaoh plak tu rumah mereka, hati aku menjerit “kenapalah aku join melawat kampong ni”nak patah balik dah jauh sangat pulak takot hilang tak dapat dikesan radar... adessss..

Aktiviti malam hari yang bosan, bosan sebab aku stay dalam asrama je kot, rasa malas nak join karaoke. Suare macam 'ella' katakan, takot orang menangis pulak kalau dengar..hahahaaa. so malam tu aku tidur awal, jam 10.00pm kot aku tidur, macam budak sekolah lah.auwww muda kan i..kikiki











Esoknya 9.11.14 last day aku di kampong inarad tongod, yeahh dapat jumpa tilam, encik domo dan kipas angin..hehehe sebelum pulang kitaorang bermandi manda disungai tangkulap. jernih giler air die wa cakap sama lu, jauh betul dari pencemaran sungai, sebabnya tempat ni jauh sangat dari pekan or bandar, jenuh jugak tongkeng nak duduk jew., aman damainya suasana. kalau dibuat taman rekiasi nih sangat sesuai kot.. layan je la gambar, kalau tulis panjang panjang pon takda nye orang rajin..kikiki


10 November 2014

Medical Camp Kg.Inarad, Tongod Part 1

Keterujaan memuncak harini sebab aku dapat menaip blog setelah aku merasekan masa tidur aku terlalu panjang..kikiki

Harini aku nak story pasal medical camp kemarin, bukan camp fire or camping yang ada unggun api tengah-tengah khemah tu okey.. hehe

Medical camp ni lebih kepada memberikan perkhidmatan kesihatan pada penduduk diluar kawasan yang jauh dari kemudahan klinik dan hospital. Cewah, panjang pulak maksudnye kn..heee


Tahun ni dah dua kali pihak hospital buat medical camp, 1st di kampong karamouk, dan yang last ni di kampong Inarad, tongod. Program ini anjuran pihak mahkamah kota kinabalu dengan pihak jabatan pendaftaran negeri sabah, dieorang jemput pihak hospital untuk memeriahkan program la kununnya. Sambil buat kad pengenalan/surat beranak, dieorang boleh jumpa doctor & dapat ubat. Macam kopi 3 in 1 la nih..hihi
Tikar, baldi,air tu penting kalau nak pergi mana-mana..eh, kipas tangan penting juga okey..hee

Kalau nak cerita macam mana aku boleh join benda ni memang panjang entri aku kali ni, tapi dipendekan cerita, setelah air mata gadis aku keluar, sister wad aku pon bagi kebenaran, so sad kan, orang nak mengaktifkan diri pon tak diberi galakan, kalau bab-bab dinner, party, boleh pulak die memakse suruh pergi.no no no

Inilah kereta idaman aku, land cruiser, tak dapat beli dapat naik pon bole lah..hehe
Aturcara program hari pertama (7.11.14), bertolak jam 8.30pagi terus konvoi sampai petronas batu 32 jam 10.00am. Bak kata abang-abang driver “kita isi kantungan dulu”..heehe

Jam 12.30pm kiteorang dah sampai kat pekan telupid, disebabkan abang-abang fourwheel car nih bawak kereta 80km/h (konvoi katakan), lambat lah sampai ke telupid. (kalau aku bawa compom lagi cepat sampai..kikiki) Masa ditelupid kiteorang rest, makan lunch then gerak semula jam 1.30pm.

Dalam aturcara majlis, kiteorang dijangkakan sampai ke kampung tu jam 3.00pm, tapi jam 7.30pm baru kiteorang sampai. So aktiviti ceramah, sesi ramah mesra dengan penduduk kampong & sukaneka tak dapat dijalankan. Semua dah penat katakan.

Sampai je kampong inarad tu bende 1st aku nak jumpa TANDAS. Tak boleh tahan kot dari jam 10.00am tangki aku penuh, nasib baik aku tahan kehausan dengan tidur je. Untuk para-para jejaka senang je diorang nak kencing. Aku ni tak reti nak kencing kat semak, kot-kot ular dah aim je dari jaoh, naiya kot..kikiki

Kemeriahan sangat aku rasai, cewahh, 39 buah kereta 4x4 dari hospital, + beberapa buah lagi kereta 4x4 dari pihak mahkamah kk dan dari pihak JPN berkumpul di sekolah kebangsaan inarad. Kepenatan yang terlampau menyebabkan aku tak sempat nak ngorat sorang due kat sane.hahaa...gedikxx
Ini lah asrama yang best giler tu..hehe

Aktiviti hari pertama lepas makan aku tidur, tempat tidur kiteorang tersangatlah best, dalam bangunan asrama yang baru 1st time dibuka. Kiteorang la orang 1st yang rasmikan bangunan tu, bangge sehh.

Best tempat je la, perabot takde, lampu takde, kipas lagi lah takde, nak charge phone pulak kena pergi bangunan sekolah. so dalam mase 3 hari aku boleh save battry phone. (tak ade orang nak call katekan).

inilah tempat tdur kami... osemm kan kan kan
keselesaan pada skor 3/10, simen berdebu putih kot, naseb beik aku bawak tikar. Sleeping bed yang nipis tu pon tak mampu membuatkan tidur aku lena…hmmm sabo je laa. Tidur sambal berkipas-kipas, nasib baik ada orang tolong pasangkan mentol kuning satu kat bilik asrama tu, tak de la gelap gulita.

sebahagian kereta konvoi.. diorang relek je tidur kat situ...
Mandi??

Kau hengat ade air ke? Actually air ada, tapi laju lagi kot kencing aku yang aku tahan dari jam 10.00am td hahaa. Tandas ada 8, yang nak guna 200++ orang, redha je la sape yang tido sebelah aku tu..kikiki

Ini lah geng baru aku, HO, sorry la kalau aku panggil korang nama je, kat hospital baru aku panggil formal ya..hehehe

kita bergambar dulu dipetronas batu 32..
peace...
seronok kalau dapat kereta macam ni sebijik, pastu drive tempat yang extreme..osemmmmnyeee
Satu kereta terkubur ditepi jalan.. tanah licin lepas hujan memang sangat bahaya.. 
Bilalah agaknya nak ber'tar' jalan ni...sakit pingang ooo


Tu baru hari pertama.. next day punya program entri lain plak lah…

07 March 2014

Nak beli Arnab!!

Comel kn arnab ni. Nk pelok nk pelok nk pelok..heee

Awal tahun haritu aku balik kampong sempena wedding my sis. Complete ahli keluarga time tu.. Bahagianya..

Nak dipendekkan cerite, adik aku am nak beli arnab, aku pon excited lah nak sponser arnab.. Aku kan berjiwa penyayang..hee

Amlah orang yang paling excited nk bele, die search la arnab yang bulunye lebat2, then jumpa la kt mudah.com, ada satu kedai pet dekat area cowboi kulai tu jual arnab. Tapi mahal giler harge die, seekor RM150.. Boleh aku buat shopping. Heee

Disebabkan harga die mahal, aku pon bagi la alasan arnab tu besar (nak cover line), then kiteorang carik la kedai lain area jb. Silap time pulak nak mencari arnab, coz time tu raye cine daa.. Kedai banyak closed..

Dipendekan cerite, kiteorang takjadi beli arnab.. Kesian am yang dh excited nk bele.. Die pon dah balik kampus, udin kt kampong pulak tak nak tolong jage...

Takpe la am, nanti kau cuti sem lagi aku blanje.. Huhuhu