JOM JOIN BLOG SAYE!!

20 February 2011

Hangin ++ no idea

Macamner nak buat kad nie...aneh2 la tugasan yang tak ada kene mengena dengan aku..mentang2 aku ketua editor sesuke jew bagi aku keje yang aku tak reti buat...emosi tergangu jap..

Aku dah buat..eh aku copy jew dri internet, ye la aku bukan reti guna photoshop and photoshop pon tak de..yang aku pro gune photoscape..lebih kurang je bunyiknyer tu..hahahaa So masaalah besar lah kalau mereka nak demand lelebih..

Esok mau dihantar and present kepada Pn Salhah, tapi satu design pon aku tak jadik lagik..mati la aku macam ni...macamaner aku nak bikin jadik vague the vaaass..HELP2... Latop ida ada publisher, tapi dia bawak g format, so aku tak ada idea nak buat kat mana...tak kan nak buat kat Word kowt???


Masalah flip chart aku dah setel, boleh lah kalau nak buat presentation. Aku dah ready dah nak cakap depan orang nie. Hope semuanya berjalan lancar..AMIN...

Lepasni aku tinggal masalah penghantaran majalah kolej ke kolej-kolej lain. Letak je la alamat pastu pos, mudah kan, tu pon nak suruh aku carikan alamat ker..walaweiii....ape kes ini kolej tak pernah hanta majalah g kolej lain ka???

Then masalah Miss Ho!!! kenapa lah die terlalu skema a.k.a complicated sangat, memang la die single. Aku buat cte katon tu just for fun, bukan nak kutok sesape. Ade ker die soh buang ayat "i'm not single" tu...So die ingat kalau aku buang ayat tu pengarah2 kolej lain akan terpikat la dengan die...Dah tue tak sedar diri..ahaks...sorry Miss Ho..saya amat tidak berpuas hati dengan tindakan anda..

Masalah buat kad invitation untuk konvo bebudak yang dah habis belajar. Aku kena reka satu kad jemputan khas la kononyer. Apasal lah tak temph je kat kedai, so x yah sesush nak reka2....orang kedai lg mahir, klu x mahir wat pe dye bukak kdai..ahaks..Pn Salhah ni pon satu, ada bende simple nak susahkan diri...Masalah...masalah...

Pn Salhah kata nak lanjew kami ber-7 makan lepas siap buat zine.. Mane janji2 manismu itu....saye pent2 buat sampai tak tido kekadag, upahnya cuma majalah free...Tolong lah ye...saye nak sesuatu yang menarik..

Aku bukan tak suka or nak mengeluh bila diberi tugasan, tapi berpada2lah. jangan terlebih demand tapi tak ader guide langsong...Suroh aku reka, tapi tak nak terima rekaan aku..SO BUAT LEW SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!

Adakah dia mengerti?

Aku berkira2 perihal kekasihku, adakah dia betul2 mencintaiku dan akan mengkahwiniku kelak. Sikapnya yang sangat menjengkelkan dan tersendiri kadang2 menyakiti hatiku. Dia tidak pandai memujuk, dia lebih rela membiarkan aku merajuk tak tentu hala, kadang2 sikapnya membuatkan aku terasa hati dan menyesal menerima lamarannya. Dia seolah2 dia anggap aku ini teman untuk berbicara sahaja. 

Tetapi kadang2 betul katanya, aku ni besar kepala, egois, apa kataku semua benar belaka, aku sahaja yang betul, tepat, aku tak akan terima pendapat orang lain sebab aku rasa pendapat aku lebih baik. Mungkin seteruk itu sikapku, tapi aku tak pernah pun menginginkannya. Aku hanya mahukan perhatian dia sebagai kekasihku. Salahkan aku....

Setiap kalai bergaduh memang aku lah punca pergaduhan tu, benda yang remeh temeh aku perbesar-besarkan. Aku menghilangkan diri 2-3 hari tanpa membalas SMSnya, tanpa mengangkat panggilannya. Yang aku harapkan dia akan tahu segala kesilapannya. Mungkin dia tidak sedar dan aku juga malas nak menyedarkannya. Yang aku harap dia boleh faham signal yang aku beri.

Alasannya, dia tak berlaku curang, tiada perempuan lain yang lebih dicintainya selain aku, dia hanya keluar dengan rakan2 lelaki, kerja yang menyebabkan dia tak sempat SMS, tak sempat CALL aku. Dia suruh aku faham kerjanya, faham situasinya. 

Aku memang mempercayai dia mencintaiku seorang, tapi bukan itu yang aku mahukan, aku mahu dia sentiasa ada bersamaku, melayani setiap karenahku. Cukuplah sekadar kata2 manis yang di SMSkan kepadaku. Aku sudah cukup bahagia, tapi kenapa dia takterfikir seperti itu.Malah orang yang aku tak pernah anggap kekasih lebih2 melayani ku. Aku tak mahu curang, aku tak mahu dikatakan main kayu tiga, tidak setia, tetapi sikap dia yang membuatkan aku hampir kepada kecurangan.

Ya, aku memang seperti kebudak2an, dia sering mengingatkan aku, aku masih belajar, banyak lagi masa terluang, sekiranya sudah bekerjaya nanti aku juga akan sibuk malahan lebih sibuk darinya. Masaalah percintaan jarak jaoh ini memang banyak kebaikan. Aku bebas dari melakukan maksiat yang terang2an dosanya. Malah aku dapat bergerak bebas tanpa ada kongongan dari sesiapa tetapi aku cemburu melihat ramai pasangan bergurau senda, menonton wayang, makan bersama. aku rindu saat2 seperti itu.

Bila aku terbaca satu artiket di laman iluvislam, ia seakan sama seperti dia.


"...antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"


Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk 'membuka' diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.

Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.

Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.

Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata (verbal), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku (non-verbal).

Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.

Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.

Justeru itu, pandanglah keadaan 'tanpa suaranya' ini sebagai satu kelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.



BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN

Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :

Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : "Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbalini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.


Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :

'What you give, you get back'.

Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.

Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.


Sedikit doa :

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalamberdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Ameen ya rabbal alamin.

 Semoga dialah jodoh yang telah diberikan kepada aku..


Artikel dari iluvislam (2)- berkahwinlah diusia muda

Alam perkahwinan nampak indah, tapi adakah seindah yang aku gambarkan. Berkahwin diusia muda banyak pancarobanya, ego, ketidakmatangan dan perselisihan faham sering terjadi. Sedangkan waktu ber"couple" sering bertengkar menunjuakan keegoan masing2. Bagaimana nak melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan warna warni. Sedang asyik aku membaca artikel di laman iluvislam, aku terbaca artikel ini.

.....................................................................................................

"Wahai  anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia  lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk  berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada  gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam  Al-Bukhari).


Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di  dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua  persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat  handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini  ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai  mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

Sebenarnya,  segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh  Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah  mencukupi. Persoalan bila dan  dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa  semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda  Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

Diriwayatkan  oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah  bersabda yang bermaksud :  "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah  wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467  dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).

Solehahkah aku untuk mencari seorang suami yang soleh....

Artikel dari iluvislam (1)

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Artikel iluvislam

06 February 2011

Done!!

Nahh....dah siap pon Majalah Kolej Jururawat Masyarakat Tawau yang kami buat....Tahniah2, Tak lama lagi ada dalam pasaran...ahaks...Kami akan pos majalah ini keseluruh kolej2 jururawat di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak..Fames la jap aku dan kawan2 pasni..

Tapi RM20, nipis giler + kaler hitam putih je...agak2 laa nak cekik duet kiteorang, majalah REMAJA yang tebal dan full colour tu pon tak sampai RM10 laa @#$%^&.

Teruk2....dah la bentuk tulisan tak updates, ader ayat yang tak habes, gambar blur2, dyeorg tu tak reti buat majalah tak payah la keje kat syarikat tu (macam aku reti jew..wakakakaa)...


Kelaka plak design aku reka ni...hampeh...

Aku suke yang ini sebab kaler2 dan yang penting muke aku sorang jew ader kat situ...hahaha

05 February 2011

Shamira @ Semporna

Happy Chinese New Year!!!! kebaBOOM…

Tahun kedua aku meraikan tahun baru cina di Sabah dan merupakan tahun terakhir aku berada disini.uwaaaa....sungguh sedih wooo....

Kolej dah kosong, senyap sunyi sepi terasa. Amat membosankan kalau tak ada arah tuju nak pergi. Bagi bebudak yang duduk area Sabah memang mudah bagi mereka untuk balik kampong jumpa family tercinta. Kepada bebudak yang bukan duduk area sabah ni amatlah rumit untuk pulang ke kampong halaman dengan cuti setakat 4 hari je. Bagi la cuti sebulan ker baru puas ati nak balik..leh dating lame2..ahaks..

Terima kasih cik eda sebab ajak saya bercuti di Semporna. Tempat yang sama kita pergi masa Chinese New Year pada tahun lepas. (Teringat kisah duka yang amatlah spoilkan holiday kita).Tapi yang kurangnya holiday kami tahun ini, hanya aku dan cik eda jew yang pergi bercuti. 

Fieza tak dapat join sebab terpaksa teman kawan dia di rumah (nak bawak takot banyak songeh lak), Eta berada di lahad datu (miss u eta), Emma macam biase lah pergi rumah suaminya di kota kinabalu, seorang lagi kawan aku tu pergi bercuti senyap2 kat mana ntah…aku tak nak ambik taw pon…lalalala~~

Hanya bebekalkan RM20 ringget jew macam2 tempat menarik aku lawati di Semporna.Terima kasih Dr.Z sebab bawa kami pusing2 Semporna..hehe

Day 1st:
Naik bas dari Tawau to semporna RM10, then berjalan ke kg Pangkalangan tengok laot yang kaler biru2 , then jalan2 ke Tampi-tampi. Tapi hujan pulak. Hujan reda je kami bergerak ke Floting, take pic etc. 
Solat magrib, ke Tampi-tampi semula untuk dinner...makan seefood lah best sambil menikmati pemandangan laot yang gelap gulita..ahaks.. Balik ke Tanjung Kapor untuk bermalam di Kuarters student bersama cik Fieza.


Kepada cik Fieza: Rumah awak nampak menakutkan la, saya nak mandi pon tengok kiri kanan atas bawah...Tapi saya dah penat saya selamber je tido..huhu

Day 2nd:
Breakfirst nasi goreng kampong made by cik Fieza,then bertolak ke bukit tengorak untuk mendaki bukit.. 614 anak tangga woo kena daki…penat macam nak tercabot lutot tapi berbaloi la best sanggat view dia (kalau buat pic wedding outdoor stylo giler). 
Solat zuhur, lunch di kedai yang masak ala kadar jew dan akhirnya kami menaiki bas untuk pulang ke tawau..

Sungguh penat menaiki bas (van burok) dah la sempit, kerusi keras !@#$%*&^geram je ati. Aku beli tiket bas besa tapi dapat naik bas kecik sungguh tidak fair.

Ini lah pic2 yang aku sempat upload kan…


Kg Pangkalangan













Floting







Tampi-tampi













Bukit Tengkorak


























Moral of the story: hargailah Malaysia yang kaya dengan tempat2 menarik, hayati dan kagumi tempat sendiri, jagalah kebersihan alam sekitar kita demi anak cucu cicit dimasa akan datang..




So ada dua hari lagi cuti untuk tidooooooo…
Marilah kita sama2 membesarkan badan..ahaks!! i like =)

04 February 2011

untuk En Aizul Azmeer

saya seorang yang egois, panas baran, mengada lebih, kuat merajok, nak menang jew kalau gadoh, tak nak mengaku salah sendiri, bajet lawa sangat, tak pandai nak hargai orang yang sayang saya.....kalau ada apa2 lagi yang tertinggal sila senaraikan ye...ahaks...



Aku skip kerja.. =P

1hb feb, Buat pertama kalinya aku ponteng kerja selama aku berada di kolej ini. Tidak berdisplin sungguh si shamira ni.

Tapi aku rasa macam aku dah bangun pagi tadi, pastu someone bagitau aku supaya tak payah datang kerja hari ini and dia suroh aku continue tido balik.

Jam 7.13am, shafarina call, aku jawab aku nak ambik “MC” hari ini sebab aku kene cirit birit..hahaha

Aku sambong tido balik tapi hati tak tenang.. Dah buat salah memang la tak leh tenang. Aku pun tidur2 ayam je laa…Tidur2 ayam aku sampai jam 1petang jugak..wakaka…


Moral of the story: Jangan ponteng kerja lagik…kalau kantoi tak dapat balik cuti semester nanti, padan ler muke aku..huhu