JOM JOIN BLOG SAYE!!

20 February 2011

Adakah dia mengerti?

Aku berkira2 perihal kekasihku, adakah dia betul2 mencintaiku dan akan mengkahwiniku kelak. Sikapnya yang sangat menjengkelkan dan tersendiri kadang2 menyakiti hatiku. Dia tidak pandai memujuk, dia lebih rela membiarkan aku merajuk tak tentu hala, kadang2 sikapnya membuatkan aku terasa hati dan menyesal menerima lamarannya. Dia seolah2 dia anggap aku ini teman untuk berbicara sahaja. 

Tetapi kadang2 betul katanya, aku ni besar kepala, egois, apa kataku semua benar belaka, aku sahaja yang betul, tepat, aku tak akan terima pendapat orang lain sebab aku rasa pendapat aku lebih baik. Mungkin seteruk itu sikapku, tapi aku tak pernah pun menginginkannya. Aku hanya mahukan perhatian dia sebagai kekasihku. Salahkan aku....

Setiap kalai bergaduh memang aku lah punca pergaduhan tu, benda yang remeh temeh aku perbesar-besarkan. Aku menghilangkan diri 2-3 hari tanpa membalas SMSnya, tanpa mengangkat panggilannya. Yang aku harapkan dia akan tahu segala kesilapannya. Mungkin dia tidak sedar dan aku juga malas nak menyedarkannya. Yang aku harap dia boleh faham signal yang aku beri.

Alasannya, dia tak berlaku curang, tiada perempuan lain yang lebih dicintainya selain aku, dia hanya keluar dengan rakan2 lelaki, kerja yang menyebabkan dia tak sempat SMS, tak sempat CALL aku. Dia suruh aku faham kerjanya, faham situasinya. 

Aku memang mempercayai dia mencintaiku seorang, tapi bukan itu yang aku mahukan, aku mahu dia sentiasa ada bersamaku, melayani setiap karenahku. Cukuplah sekadar kata2 manis yang di SMSkan kepadaku. Aku sudah cukup bahagia, tapi kenapa dia takterfikir seperti itu.Malah orang yang aku tak pernah anggap kekasih lebih2 melayani ku. Aku tak mahu curang, aku tak mahu dikatakan main kayu tiga, tidak setia, tetapi sikap dia yang membuatkan aku hampir kepada kecurangan.

Ya, aku memang seperti kebudak2an, dia sering mengingatkan aku, aku masih belajar, banyak lagi masa terluang, sekiranya sudah bekerjaya nanti aku juga akan sibuk malahan lebih sibuk darinya. Masaalah percintaan jarak jaoh ini memang banyak kebaikan. Aku bebas dari melakukan maksiat yang terang2an dosanya. Malah aku dapat bergerak bebas tanpa ada kongongan dari sesiapa tetapi aku cemburu melihat ramai pasangan bergurau senda, menonton wayang, makan bersama. aku rindu saat2 seperti itu.

Bila aku terbaca satu artiket di laman iluvislam, ia seakan sama seperti dia.


"...antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"


Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk 'membuka' diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.

Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.

Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.

Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata (verbal), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku (non-verbal).

Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.

Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.

Justeru itu, pandanglah keadaan 'tanpa suaranya' ini sebagai satu kelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.



BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN

Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :

Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : "Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbalini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.


Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :

'What you give, you get back'.

Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.

Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.


Sedikit doa :

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalamberdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Ameen ya rabbal alamin.

 Semoga dialah jodoh yang telah diberikan kepada aku..


No comments:

Post a Comment

thanks my dear friends~~~