JOM JOIN BLOG SAYE!!

20 February 2011

Artikel dari iluvislam (2)- berkahwinlah diusia muda

Alam perkahwinan nampak indah, tapi adakah seindah yang aku gambarkan. Berkahwin diusia muda banyak pancarobanya, ego, ketidakmatangan dan perselisihan faham sering terjadi. Sedangkan waktu ber"couple" sering bertengkar menunjuakan keegoan masing2. Bagaimana nak melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan warna warni. Sedang asyik aku membaca artikel di laman iluvislam, aku terbaca artikel ini.

.....................................................................................................

"Wahai  anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia  lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk  berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada  gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam  Al-Bukhari).


Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di  dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua  persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat  handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini  ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai  mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

Sebenarnya,  segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh  Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah  mencukupi. Persoalan bila dan  dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa  semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda  Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

Diriwayatkan  oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah  bersabda yang bermaksud :  "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah  wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467  dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).

Solehahkah aku untuk mencari seorang suami yang soleh....

No comments:

Post a Comment

thanks my dear friends~~~