JOM JOIN BLOG SAYE!!

18 December 2014

Akhirnya aku pindah!

2 april 2012 – 22 disember 2014

Aapril 2012 permulaan episod baru dalam hidup aku iaitu nikmat pegang duit hasil dari titik peluh sendiri. aku ditugaskan di wad pediatrik Hospital Duchess of Kent sandakan. disitu bermulalah perkenalan aku dengan pelbagai jenis masyarakat yang berbilang bangsa, budaya, bahasa. aku kagum sebab aku dikelilingi dengan banyak bahasa, tapi aku kecewa sebaba aku tak pernah nak cuba menguasai salah satu bahasa disini. sangat merugikan.


Disember 2014, Minggu ni adalah minggu terakhir aku di Hospital Duchess of kent Sandakan. Minggu terakhir juga aku berada di Sabah. Sedih sangat nak tinggalakn tempat yang aku duduk dari student hingga kerja nih, hampir lima tahun berada di sabah aku rasa dah sebati dengan environment di sini.arghhh aku tak nak pindah…


Impian aku belom lagi tercapai, aku belom dapat APC (anugerah perkhidmatan cemerlang) lagi di sini..hmm nampaknya lama lagi lah aku akan merasai APC, back to be junior again.


Macamanakah environment di semenanjung?? aku takot, seram perasaan yang bercampur aduk.. ya Allah swt, berilah aku kekuatan dalam menghadapi situasi ini. Hope aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan di semenanjung nanti. Aminn….


thanks kepada mentor aku kak norlidah sebab banyak mengajar aku semasa aku masih zero. thanks jugak kepada senior yang lain kerana bagi nasihat. kepada pakcik ibrahim and the gang, thanks sesangat kerana mengambil dan menghatar aku pergi kerja selama aku berada di sandakan ini...jasa kalian semua tidak dapat aku lupakan.


semoga kita bertemu lagi kawan -kawan semua... 


1 comment:

  1. Лучший поиск Шлюхи Киева sex Гений - это бессмертный вариант простого человека.
    На нашем сайте размещают свои анкеты только лучшие проститутки Киева. Обворожительная стриптизерша составит компанию состоятельному мужчине. Подробности встречи по телефону.

    ReplyDelete

thanks my dear friends~~~