JOM JOIN BLOG SAYE!!

20 August 2010

MaRi MeMbAncIkaN DiRi


BANCI??? apekebende tu ek???

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010,

membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah

aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. 

Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak

pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, 

penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para 

penyelidik dan individu lain.


more info:
http://www.statistics.gov.my


Objektif Banci  ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara. 

b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:

  • Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
  • Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.
c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;

d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;

e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan

f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa


borang bancian yg aku isi....



Banci 2010 meliputi tiga kategori yang utama iaitu penduduk, isi rumah dan tempat kediaman. Pecahan bagi kategori adalah seperti berikut:
1.
Penduduk
 • Ciri-ciri Geografi
• Ciri-ciri Demografi dan Sosial 
• Kesuburan dan Kematian 
• Ciri-ciri Migrasi 
• Ciri-ciri Pendidikan 
• Ciri-ciri Ekonomi
 
2.
Isi rumah
 • Ciri-ciri isi rumah
  
3.
Tempat Kediaman
 
• Jenis tempat kediaman 
• Bilangan tingkat 
• Jumlah keseluruhan tingkat bangunan 
• Bahan binaan dinding luar 
• Taraf didiami 
• Bilangan bilik 
• Status pemilikan 
• Kemudahan bekalan air minuman 
• Kemudahan bekalan elektrik 
• Kemudahan tandas 
• Kemudahan kutipan sampah




"kami sudah dibanci" kata mereka.....











1 comment:

thanks my dear friends~~~